30 December 2011

Tiga kosong satu dua


"Tidak akan beriman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sendiri"

Dia, Allah tahu perasaan dalam hati ni. Sanah Helwa Sahabat. Moga DIA redha =]

#Terima kasih sebab sudi jadi SAHABAT yang perfect kat dunia ni.
#Terima kasih sebab sudi jadi ASID kita yang kita cari selama ni.
#Terima kasih sebab sudi jadi tempat tadahan luahan hati kita selama ni .
#Terima kasih sebab banyak menegur dan membimbing kita selama ni.

KITA NAK *MINTA MAAF :(

*Minta maaf sebab tak reti nak faham perasaan awak :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak menangis :(
*Minta maaf sebab kita banyak songeeh.
*Minta maaf sebab kita gedik semacam dengan awak.
*Minta maaf sebab banyak lukakan hati awak selama ni :(
*Minta maaf sebab tak sudi jadi pendengar yang baik :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak penat :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak letih :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak lesu :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak bosan :(
*Minta maaf sebab banyak kali buat awak boring :(
*Minta maaf sebab tak mampu untuk jadi yang terbaik :(
*Minta maaf sebab kita selalu buat awak sedih :(


video

23 December 2011

Saya tak lama dekat dunia ni :(



Salam dear all my readers *entah ada yang baca ke tidak*

tak tahulah post kali ni pasal *dead*

"Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati"


Nak bijak? Jom let's think about this!


Weheee, saya dah buat satu kajian. Mostly, orang yang mengigati mati...dialah orang yang paling PENAKUT!


tak tipuu!

dia TAKUT nak buat salah. TAKUT nak tipu Allah. TAKUT nak berselindung di sebalik dosa, Allahuakbar....

Jomlaah, fikir...sejenak pun tapelaah. Mati ni sakit wooooo,

Kita pun tak tahu bila kita mati kan? Dan...kita tak tahu kita mati dalam keadaan macam mana? Saat kita macam mana? Itu semuaa, kita corakkan dari sekarang.

Sekarang, Allah bagi kita kain putih. It's up to you, nak warna apa. Dekat dunia ni pelbagai warna, so pilih.

Sekali kita salah pilih, kita takkan senang dengan kain putih kita. Nak senangkan balik and nak putihkan balik, mudaah...


TAUBAT NASUHA


Taubat tu oseem ape!
"Kecuali mereka yang bertaubat , mengadakan perbaikan dan menjelaskan (nya), mereka itulah yang Aku terima taubatnya, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang" (2:160)

sebenarnya macam niee, on FB tgok status cousin..dia kata dia nak ziarah kubur arwah mak dia...dan cousin yang lain kata, dia nak ziarah kubur arwah adik dia. Dan saya pula komen, nak ziarah kubur arwak atok abah.

3 orang yang berlainan umur. KAAN??!

arwah mak ude, umur dalam lingkungan 50+, arwah sepupu tu pulaa baby lagi, arwah atuk, dah 70/80+.

Konklusi ;
"Kullu nafsin zaiqatul maut"
"Semua yang hidup akan merasai kematian"

"Dan kalau Allah menghukum manusia kerana kezalimannya, nescaya tidak akan ada yang ditinggalkannya(di bumi) dari makhluk yang melata sekali pun, tetapi Allah menangguhkan mereka sampai waktu yang sudah ditentukan.Maka apabila sampai ajalnya , mereka TIDAK dapat meminta PENUNDAAN atau percepatan sesaat pun" (16:61)

22 December 2011

XPERT (B)





Wee, continue back.

There is my team.

JOHOR (A)

Continue dekat KAIS tu eh, abang tu kata... ada 3 benda yang must kita buat!

1. Salam
2. Sapa
3. Senyum

NGEEE~


Dan lagi 1, we mus collect rm200!!

So oleh kerana hari tu ialah FRIDAY, para lelaki diminta untuk solat jumaat. mereka diberi pilihan untuk . mereka pon pilih, *x ingat apa.

Destinasi kami di sekeliling KERAMAT. apekaah, rumah?


adeeh. Jenoh nak mengadap muka orang, dan tengok kawan2 merayu suruh beli barang2 kami. Takpleh, belajar.

Jumpa pelbagai manusia ni memang OSEM! saya sayang dengan mereka, ! Lagi2 ada yang donate!

Ingat lagi second customer kitorang,

Kami:Pak cik belilah~


Pak cik: Apa yang awak semua jual?

Kamie : Telekung, pop corn, pin comel, makanan,pak cik ada anak perempuan tak? Ha, kitorang ada jual pashminaa!

Pak Cik: Takpe2x, perempuan biar barang perempuan. Nak tengok makanan apa yang kamu jual.


Kami: Haa, pak cik bagi isteri pak cik hadiaah! Pak cik tengok ni, telekung asli dari Indonesia pak cik! Betul, tak tipu!

Pak cik tu diam. Mata dia melilau ke dalam beg jualan kitorang.

Pak Cik: Haaa, yang ni apa?


Kami: Ni biskut pak cik! Asli dari Australia. Ada kawan kitorang baru balik bercuti. Haa, pak cik tengok ni...ada gambar koalaa! Sedap pak cik, tak tipu

Pak cik : Ye ke? Ada tanda Halal tak?

Kami: ._. Time tu dah kelam kabut cari tanda Halal. Tuptup JUMPE! ALhamdulillah. Haaa, ni ada pak cik!

Pak Cik: Haa, berapa ringgt ni satu?



Kami :Masing-masing terdiam. Harga? first beli dah tak ingat berapa! so dengan logik akal yang bernas ni, kami pon cakap...

Pak Cik: Laaaa, harga pun tak tahu? Macam mana nak berniaga ni? Allaaah.

Kami: Eh tak pak cikk, ni RM4, betul.

.paid.



kesian dengan kaum adam kitorang. langsung tak da kerja. hailaaa,

Hinggalah, sampai satu rumah ni, lepas kami jual barang2 kami, kami promote dekat tuan rumah tu macam ni..

Kami: Haa, mak cik, kalau mak cik nak servis rumah pon boleh, basuh kereta ke...cuci lantai...

Mak cik: eh boleh ke?

Kami: Boleeh lah mak cik, tu kami ada yang lelaki.


Mak cik: Eh takpelaahh,

#kami fahaam. memang susah orang nak terima seseorang bekerja macam tu je. lebih2 lelaki.

Kami: Mak cik, tolonglaah *merayu tahap apa dah niee* Diorang dari tadi tak dapat satu apa pun kerja. Tolonglaah mak cik. Mak cik kan baik.

.mak cik tu pun kasi lelaki buat kerja. hamik kau. sekali kene keluarkan tanah dari pasu. tapi part ni memang terbaik sangaat kot. Nampak sungguh keringat mereka. bagus!


ni dia. berentap nak keluakan akar dari pasu nie. syabaas!


.PAID :).

ni la mak cik nya, kitorang dapat rambutaan!

dan juga rumah first dan terakhir banin -.-'

Kira2 duit, oh god, baru dapat RM155? cane nie? aduhh, jam pon dah nak pukul4! so kami ran n ran n ran!

dingdong

LRT!

LRT!


#dah tak rasa dah nikmat LRT tu sebab dah lari macam ape dah tadi.


jadi yang perempuan ni punyalaah semput nak naik tangga tu. kami dok lepak laah dekat eskeletor tuh. sampai atas, dah nampak budak laki dalam LRT. muka dah gelabah. melompat2 dalam LRT.

#kalau ingat muka diorang memang, HAHA, lawaak. ok diam.
Jadi ada banat tu, dia berlari dan lari nak masuk LRT.

GEDEBUK. APAKAAH ?

TERSEPIT DI PINTU LRT?

#terbaik! memang malu tahap gabaan seeeh dalam LRT tuh.
kesian banat tuh. =.~ dalam LRT tu memang, alahai ramai. 4 banat yang lain terus pergi dekat banat tuh. gelak.gelak.gelak.gelak.

ada yang tersenyum.
ada yang tersengeh.
ada yang geleng.

DAN ada yang berdiri melihat keadaan banat tadi. pergh, banat tu kata...dia rasa macam nak menangis.

Tettttt habis cerita pasal KAIS.

15 December 2011

XPERT (A)

TYPE: XPERT

TARIKH: 9-11 DISEMBER 2011

TEMPAT: SEK REN AL-AMIN KERAMAT
SEK ISLAM ADNI
SELURUH BANDARAYA KUALA LUMPUR

PESERTA: PRODUCE GEN 6


Alhamdulillah JOHOR hantar 30 oraaang?! wow!

Johor + Muar + BP

Satu bas!

3 Team! ; Johor A Johor B Johor C
Ramai sungguh kaaaaan???!!






Akhawat :) Miss them a lot!

Fathiyah-Atikah-Raihana-Hidayah-Kak Hani-Kak Najihah-Najwa-Owner
Safiyah-Salsabila-Basyirah-Radhiah-Afiqah-Asma

#yang takde Lina


First day;
Hati resah, kenapalaah aku rasa tak sedap hati ni? Ya Allah ada yang tak kena ke? Rasa macam nak menangis, Allah...

#Bas akan ditunda pada pukul 1.30 pagi sebab bas rosak.
Ada masalah brek, so berkumpul pukul 1 gitu.

-mesej-

Hati ni terus lega tak tahu kenapa. Ya Allah, mungkin ini ada sebab aku berasa resaah!

tettttt.

berkumpul dekat pejabat IKRAM pukul 1 pagi, * depan zhulian sebenarnya. haha. Setibanya kat situ, mak aihh ramainya dah tunggu. Malulah nak keluar kereta dengan beg yang besar gaban nii. aah. lantaklaah.

lepas pilih amir amirah, masuk dalam bas, alahaai lajunyaaa peeh.

sampai dekat depan Sekolah Rendah Al-Amin Keramat pukul 7.00 pagi, nampak team Melaka and Johor (BP) dah sampai. wat, tuan rumah tak sampai lagi? hahah ok,

kitorang pun jakun laa tengok sekolah diee. akhawat buat satu video, lepas tu send dekat Kak Hasnor 'kitorang dah selamat sampai' hahahaha. lawak tak boleh blah.

Then2x.. lepas dah segala macam2 bende alah tu selesai, kitorang pun memulakan aktiviti kitorang yang ke dua selepas ice breaking,

Iaitu....



"Kais pagi makan pagi"

Masa : 12.00-4.00 petang.

Maka disinilah terjadinya beberapa kekecohan yang berlaku. Kan writter pernah cerita yang Johor dah tetapkan team masing2, kan? ingat tak? kalau tak ingat, cuba selongkar balik blog ni. haha apekaah -.-'

Tuptup, abang FC cakap, "Dalam satu team mesti ada lelaki dan perempuan, so johor 3 team n negeri lain" Time tu semua terkejut sakan! Allaaah! macam mana niee???

Kita dah get ready semua barang! dah keluarkan modal semuaa! dah, dah , dah,
*But, it's ok. We must remembered, KL. Dunia Metropolitan, so memang wajiblah kena ada kaum lelaki yang 'kuat' dan 'taf' takpelaah, redhaa.

MINTA MAAF!


Amir dan Amirah pon dah kecoh nak pilih kumpulan. Yang Amir alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Yang Amirah nyee, hampeeeh! * tak tipu!

Apekaah, kesian anak buah yang lain. Moh anak-anak Johor sekalian, saya minta ampun :l tak buat kerja dengan baik, saya tak layaaak .__________________.

last2x, segala-galanya disettlekan oleh kakak pengiring kami yang sangatlah baik hati dan sporting!

Amiraaah untuk XPERT johor teruk! Jangan dok pilih dia lagi. pleasee, dia tak mampu :l

JOHOR A :)

Akhi Hasif *yang laju @__@
  • Dolah-Kapten kami yang hebaat!
  • Abir -tukang lari yang hebat. Haha.
  • Wan
  • Qawim
  • Izzat
  • Hidayah -Ketua yang best! Love you dayah!
  • Jihan-LRT :l
  • Najwa-BAS :l
  • Basyirah
  • Radhiah
#HAHAHA. ok stop.

08 December 2011

Hadiah :)


Here, from MUHAMMAD LUQMAN HAFIZ
thanks man, wlupun hadiah dia pelik -.-'

Akak hargai, dan akak sangaat suka dekat hadiah tu!
Seriusss memang LIKE sungguh.

THANKS MAN!
I LOVE YOU!

07 December 2011

Dengan Kuasamu -NUR ONE

"Dengan kuasamu...."
"Jiwaku tergoncang"

Bait-bait lagu aku dengar dan hayati betul-betul. Seriusss, sedaaap!

Sejak minggu ni, IKIM tak habis2 mainkan lagu ni. Tu yang terjatuh cinta tuh. eceeeh.

Kenapelaaah jiwa ni, tak pernah nak tertarik dengan lagu ni? Tertarik tu memangg! Tapi, tak pernah search, apasal seeh? "Allah nak uji?" 'mungkin'

Saya pergilaah ke Facebook, macam biasa, rutin harian bila bukak Facebook. Akan jenguk2x wall sahabat terchenta.

Tuhan temukan daku penawar ^^
Terluka ditusuk duri cinta ♥
Hanya Dia cuma Dia ~.^
yang kan mampu menyembuhnya...

dan terus aku terus berdoa~

ok, seriuuss tertarik dengan ayat tuuh.

*Korang bukak YOUTUBE . then klik tajuk post tuuh. selamat mencubee ^^

XPERT

seriusly, cuti ni sumpah Allah bagi perasaan rindu teramaat pada rakan-rakan dan sahabat di perantaun.

9-11 DISEMBER ; XPERT BY GROUP PRODUCE GEN6

IT'S ME !

Ya Allah, kami hanya merancang, engkau yang tentukan, permudahkanlaah :)

gentar.gentar.gentar.gentar.gentar.gentar

sangaat gentar.

Ya Allah, hantarkanlah seorang hamba untuk memelukku kini, aku gentar.

I WANT CRY!

SERIUSLY!

Ya Allah, hati ni tak tipu, gentaaaar!

"Sebab apa seeeh nak gentaar? Tak fahaamlaaah!"

HERE IS THE REASON WHY 'GENTAR'

Program ni, di KL,
Akan berurusan dengan orang sana.
Diri ni, dahlah nak berkomunikasi susaaah!

Apatah lagi kalau nak menjaja!

RM200 . RM200 . RM200 . RM200.

Mana nak carii?!

#SayaserahkanpadaALLAHsahaja.plusplusdenganusahakami.

  • Najwa Khairiah a.k.a Juju
  • Safiyah Annisaa' a.k.a Safyah
  • Raihana a.k.a Rai
  • Hidayah a.k.a Dayah
  • Basyirah a.k.a Basyir
  • Lina a.k.a Lina
  • Afiqah a.k.a Fiq
  • Asma ak.a Amaq
  • Solehah a.k.a Soul
  • Fatin a.k.a Jihan
#DothebestTEAM SATU. RINDU PLUSY2 SYANG ANTUNNA!

04 December 2011

Tudung?

.pakailah dengan gaya apa cara sekalipun.
.asalkan ia menutup aurat.
.nak pakai hana tajima ke, messy style ke, ape ke, pakailah.
.asalkan menutup aurat.

.FULL STOP!.

02 December 2011

Keyboard


This holiday, I was bored for stay long time alone with my little brother Iqbal. My mother just leave homework for our activities. AHAHA, I told you that I was very naughty, actually.

I toke my mother Ipad, and I play keyboard on it. *sejak bila aku cakap orang putih?

So, the conclusion, hilanglah segala kebosanan yang melanda diri yang kerdil lagi co........ ok tak cakap papae.

Macam yang sudah dimaklumkan, birthday ni nak KEYBOARDDD!! Arggghh, saya tahu, ibu confirm tak kasi punya.

HWWAA:(

siaplaah yang baik sangat hati nak bagi keyboard ni? Kalau ada yang sudi postkan eh -.-

*ceeh, bajet femes kaah? HAHA.

oh diaaa, bagilah hadiah KEYBOARD :)
Yang dah saya pelajari daripada Youtube ialah ; bla-bla-bla-bla Imeans adalah :)

01 December 2011

Alhamdulillah :)



SalamunAlaik.

Hari jadi ni, Alhamdulillah dah dapat hadiaaah!

YEAAY!

Still remember pertandingan mengubah lirik yang saya paksa korang LIKE tuh?

kalau yang sudahpun LIKE, terima kasih banyaaaaak 2x!

walaupun tempah ke tiga, Alhamdulillah.

This birthday I get RM50 from FB IKRAM TEENS !

Yeaay!



Untuk si Dia.



Aku menaip laju. Menumpahkan segala idea-idea aku ke kaca komputer riba. Malam kian menjamah. Jam sudah mempamerkan pukul 12.59 pagi. Lagi satu minit, aku sudah genap berusia 16 tahun 1 jam.

Minum air sambil menyelam. Aku mencari ruang untuk beronline muka buku di hening kesejukan penghawa dingin ini. Huh, nampaknya ramai teman-teman aku melepaskan pelbagai ucapan hari jadi untuk aku. Ada yang mengatakan aku sudah tua laa, dah membesar tapi badan masih kecil. Aku hanya mampu senyum seorang diri. Sebenarnya, aku menantikan ucapan daripada dua orang yamg aku rasakan sungguh istimewa dalam hidup ini.

Aku tunggu dan terus tunggu. Ada mesej memasuki ruang facebook aku.

“Tak tidur lagi dik?” Kakak aku menegur.

Hatiku berbelah bagi untuk menjawabnya. Dia belum lagi wish apa-apa dekat aku. Takpelah, dia bukan orang istimewa yang aku maksudkan.

“Tak kak, adik nak tunggu orang special online. Rindu sangat dekat dia kak” pantas aku menaip. Lantas aku terus menutup ruangan mesej.

Mana dia ni?

Sahabat dan dia yang special.

Tentang dia, dia adalah orang yang sangat aku sayang, dan sangat aku cinta. Angkara umur aku ketepikan persoalan cinta itu. Ku lontarkan jauh-jauh. Aku ingin menjadi apa yang aku inginkan, iaitu seorang doktor kanak-kanak. Aku sayngkan kanak-kanak.

Senarai friends dekat facebook mana ada dia. Jadi mana mungkin dia nak wish aku apatah lagi nak tinggalkan mesej. Dia juga tak tahu perasaan aku pada dia.

Aku percaya dia takkan berbuat demikian. Dia lelaki beriman. Sebab itulah aku cintakan dia. Ada satu aura yang memaksa aku meninggalkan perasaan aku pada dia. Ya Allah aku percaya ini dugaan.

Tunggu dan tunggu. Betullah kata orang, penantian itu satu penyiksaan. Dia tidak langsung meninggalkan apa-apa pesanan ringkas pada aku. Tidak mengapa. Aku tak kisah. Aku kena berhati-hati dalam mengharapkan sesuatu yang tidak pasti akan datang. Setiap hari aku doakan untuk si dia. Aku harap, iman dia terus kukuh. Begitu juga aku. Aku harap, dia dapat membimbing dirinya untuk masa akan datang. Begitu juga aku. Aku harap, dia dapat apa yang dia inginkan iaitu untuk menjadi seorang doktor. Begitu juga aku.

Saban hari di sekolah aku perhatikan dia. Walaupun dia berlainan kelas dengan aku. Aku sangat mencintai dia. Dia telahpun mencuri hatiku. Pabila aku terkenangkan si dia, aku akan mencari cahaya ilahi. Itulah aku. Apa yang ternyata kesalahan pada aku. Bila aku susah aku cari Allah. Astaghfirullah. Ada apa dengan aku ni?

Si dia tidak meninggalkan apa-apa pesanan. Tidak mengapa, saya tak kisah. Saya pun tak tahu apa perasaan awak terhadap saya. Mungkin, awak hanya memandang saya sebelah mata. Yelah, awak baik di sekolah. Tapi saya seorang yang lasak dan nakal.

Sukar untuk saya lepaskan awak. Saya sangat-sangat mencintai awak. Puas sudah rakan saya menegur. Yang sangat menyentuh perasaan saya adalah, ‘macam confirm je dia jadi laki awak’ . Astaghfirullah. Apa saya buat ini salah. Macam mana kalau saya ini milik lelaki lain? Saya harus dambakan cinta saya pada pencipta saya, juga.... suami saya. Walaupun tidak pasti sama ada saya akan bersuami atau tidak. Untuk si dia, saya terpaksa lepaskan awak. Walau sungguh perih hati ini tergores. Awak tak salah. Ini semua kerana ego saya. Saya terlalu mengharapkan untuk dapatkan awak.

“Sah?!” Lamunan ku mati.

Ya Allah. Kini aku sudah menjadi milik Ahmad Abdullah. Insan yang tidak pernah aku kenal. Apatah lagi melihat wajahnya. Aku melihatnya dari tubuh belakang. Peluh sudah pun menitik di seluruh tubuh ku. Tatkala ini aku harus lupakan Muhammad Muzzawir. Itulah si dia. Lelaki yang padaku sungguh sempurna akhlaknya.

Peluhku kini ibarat lautan yang menyimbah mangsa tsunami. Suami bersedia untuk memandang ke belakang untuk sesi pembatalan air wuduk.

Tiba-tiba langkah suamiku terhenti. Lantas dia sujud menghadap ilahi. MasyaAllah. Sujud syukur yang membuatkan pandangan aku terpesona. Ramai tetamu mengosongkan ruangan sujud untuk suamiku. Aku melirik senyum. Ternyata suamiku lebih hebat daripada apa yang aku sangkakan.

Bunga di tangan ku letak di tepi. Aku juga turut sujud bersama suamiku. Ya Allah, sungguh hebat penciptaan perasaan ini. Air mataku membasahi bumi. Aku bangun dari sujud setelah mencurahkan syukurku pada ilahi. Suamiku memandang ke belakang. Aku hanya menunduk malu.

Aku meraba-raba jari ketakutan. Tanganku disentuh hangat oleh suamiku. Kelihatan tangannya menggigil untuk menyarungkan cincin padaku. Ya Rabb, jelas dia tidak pernah menyentuh perempuan! Setelah disarungkan cincin di tanganku, kini giliran aku pula. Aku juga seperti dia. Beberapa kali cincin di tanganku jatuh menyembah lantai dek kerana tanganku menggigil untuk menyarungkan suamiku cincin.

Alhamdulillah, pelbagai urusan sudahpun selesai. Tiba-tiba pandanganku mati di satu sudut. Di...dia?! Muhammad Muzzawir? Ya Allah apakah ini dugaan?!

“Awak tengok apa?” Ahmad Abdullah menyentuh bahuku.

Aku tunduk malu. Aku hanya memberi jawapan dengan menggeleng kepala.

“Saya tahu awak tunggu saya kan?” kini Ahmad Abdullah menyentuh kedua-dua bahuku. Dia memaksa untuk aku menghadapnya. Aku telahpun menghadapnya, cuma aku tidak memandangnya.

“Saya datang ni.”

Hanya sayup-sayup sahaja bait-bait yang terkeluar dari bibir Ahmad Abdullah. Aku leka memandang Muhammad Muzzawir. Si dia melontarkan pandangannya kepada aku. Senyum. Lantas membenamkan perasaan aku terhadap suamiku yang wajib mendapat kasih sayang dari aku.

“Oh, lupa saya nak kenalkan, kembar saya, Mazlan. Lan!” suamiku memandang ke arah pandangan ku tadi.

“Ah, apaa? Kembar? Mazlan? A, apa ni?!” aku tersentak. Lantas aku memandang suamiku.

Ya Allah.

Ya Allah.

Ya Allah.

Ya Allah.

Aku bertakbir. Aku beristighfar, selangkah aku ke belakang. Sukar untuk aku percaya. Dia kini berada betul-betul di hadapanku. Dialah yang sujud syukur tadi. Dialah yang menyarungkan cincin di tanganku tadi. Dialah yang mencium dahiku tadi. Dialah suamiku. Dialah Ahmad Abdullah yang aku tunggu. Abdullah, yang bermakna hamba Allah. Dialah Muhammad Muzzawir.


*fuhh, kebosanan melanda pagi-pagi ni, buatlah satu cerpen sambil menunggu sahabat on9 :)

Ni cerpen karut jelaaah, menghilangkan kebosanan di qalbu. Tu la namanya qalbuwhispered.

cerita ini langsung tiada hubung kaitnya dengan orang yang sudah meninggal dunia ataupun yang masih ada, nama watak adalah rekaan semata-mata.

30 November 2011

Going to sixteen world !

Hello to all my readers !
*kalau ada yang baca laaa -,-

Today, ops. Tomorrow and a just a few hour more, I am going to sixteen's world!

Hwaa, it's so scary !

*Sejak bila cakap orang putih niih? Hailaa.

Ok, masuk dunia enam belas tahun ni, saya sangat lah Ya Allah, panjangkanlah umurku. Agar dapatlaah sambung ke IPT. mana tahu dapat bergelar penulis kee? Amiiin!

Sesekali nak jugaak rasa femees ni. Hrrm, tapi kalau dah femees ni bahaya sebenarnya kaan? Takut kalau hati ni lari dari Allah. DUSH !

Sungguh merbahaya.

Kalau ada orang kata nak hadiaah?

Haha, hadiah first mestilah nak KEYBOARD! hwaaa, tibe2 terasa minat nak main keyboard.
*Setakat taw lagu London Bridge je buat apa kaan?

Then, kalau ada yang pemurah tu,, bagilah hadiah AL-QURAN coz, Al-quran dah basah dek terkena air hujan sedangkan al-quran tu dalam khemah time jadi FC mukhayam darjah 4. Hmm, takpelaaa.

Next, nak apa ek? Let me thing, yang utama sekali ; adalah KASIH SAYANG dari hamba untuk hambanya.

SAYA SAYANG KORANG SEMUA LILLAH !

ok dah 12.01 pagi. HB jihaaan!

27 November 2011

Hijrah Yukkk!

1433 New Year

subhanaAllah. Dah seribu empat ratus tiga puluh tiga nampaknya ISLAM sudah menjalar di era globalisasi ni kan??

Ok, hakikatnya apa yang saya dengar adalah ; tahun ini diambil ketika Nabi Isa diangkat ke langit. Sebab itulah dipanggil 1433 Masihi.

Ini belum lagi dikira pada tahun penurunan Nabi Adam , dan nabi-nabi seterusnya. MasyaALLAH. DIA memang hebatkan !

ALLAH ALLAH ALLAH.

Bila difikirkan balik, tentang sejarah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah dengan sahabat baginda, Saidina Abu Bakar As-siddiq. Pilu dan terharu mendengar kisah tu kan?

Ok, tiba-tiba rindu Irfan saya. *Sepatutnya memang kena rindu*
Cubalah saya ni sahabat yang hebat seperti Saidina Abu Bakar, Ya ALLAH. Pertemukanlah aku dan sahabatnya di SANA nanti.

Means HIJRAH yang sebenar bukanlah hanya sekadar melihat kepada sejarah baginda berhijrah. BUKAN dan ternyata BUKAN . Sebenarnya YA.

Means lain adalah ; Penghijrahan KITA dari negatig kepada positig. Dunia ni, tak semua baik. Percayalah.

Ok tiba-tiba teringat kisah Nabi kesayangan kita diangkat ke 7 langit ketika penentuan KEWAJIBAN solat lima waktu, ketika itu..Nabi nak solat berjemaah bersama-sama dengan nabi yang lain. Semua Nabi menyuruh Nabi Muhammad menjadi imam.

Nabi suruh Nabi Adam jadi imam, tapi baginda jawab "Dia tak layak sebab, kerana dia mendengar hasutan Hawa supaya makan buah yang diharamkan ALLAH untuk makan."

Bila disuruh Nabi Yunus, baginda jawab, "Aku juga tak layak sebab aku telah meninggalkan kaumku, lalu aku diberi balasan ditelan ikan Nun"

Ok tidak mahu cerita lebih. Just nak cakap, tinggalkanlah segala benda yang memudaratkan diri kita. Jom kita berhijrah :)

18 November 2011

LIKE !


Tolong saya dalam membanyakkan LIKE :)

Sayang Irfan saya


Inilah Irfan saya.
Saya sayang dia kerana Allah.
Persahabatan yang disandarkan keimanan memang sangaaat indah.

Malam ini,
saya sangat rindukan Irfan saya.
Saya berterima kasih pada tuhan.

Terima kasih Allah.
Kerana telah menghadirkan aku seorang Irfan yang hebat.
Dia mendekatkan diriku pada MU.


Terima kasih Irfan.
Sejak bangku tadika lagi,Ukhwah ini ibarat madu.
Manisnya tersemat di qalbu.

Terima kasih Irfan,
Malam ini indah , meski tidur lewat.
Hanya yang merasai akan mengerti dan hanya yang mengerti akan memahami.
Jaga hati wahai Irfan.

16 November 2011

Mentari pagi


Mentari pagi. Fuhhh sinar nya, fuhh.
Pagi tadi saya pergi pasar. Beli barang-barang nak buat lauk tengah hari ni.
Lepas tu, dalam perjalanan nak balik ke rumah sambil mendengar radio IKIM ni. Si abang Pian dengan Kak Siti kata "Ok sekarang mari menemani kami, dan sebelum itu mari dengarkan..Demi Matahari, Snada"
Volume radio kereta sengaja dikuatkan. Memandangkan ibu sendiri suka dengan lagu ni, so melaung-laung laah dalam kereta *tak sedar tu dia tengah ponteng sekolah sambil dengar... ibu tanya.

"Akak, cuba teka ni surah apa?"
Saya pun terus membaca ayat surah tersebut paada ayat yang pertama. Lepas tu berhenti *lupa sikit, ye la time sekolah rendah je mengulang-ngulang surah tu -__________- tak senonoh kaaan??!

Ibu sambung untuk ayat ke tiga. Ibu pandang, ternyata dia suruh sambung ayat tuh. *Ahhh...ingaaat! ingaaattt laaah!

ceh dengan muka control sambung ayat ke tiga. lepas tu ibuu sambung lagi sampaaai habis. *FUHHHH

Bukan tu sebenarnya nak cerita dekat 'Mentari pagi' ni.

Jom kita singkat maksud liriknya :)

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Dalam surah As-syams ni ALLAH telah bersumpah dengan matahari. Dengan siang. Dengan malam. Dengan langit. Dengan jiwa manusia atau makhlukNYA. kan?

Dalam dunia ni, semua benda ada dua pilihan. Positif dan Negatif. Jantan dan Bentina. seperti ANJING DAN KUCING. Dunia dan Akhirat. semuaaa berpasangan. Sesuailah dengan firmannya;

"setiap penciptaan itu diciptakan berpasang-pasangan"

Jadi dalam statement ni; kita yang menentukan samaada baik atau buruk

Allah dah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan.
Beruntung siapa yang memilih ketakwaan dan rugi bagi yang memilih kefasikan.

Chill, pilih yang terbaik untuk memperoleh yang terbaik :)

05 November 2011

Cinta




Weee, gambar apa tuhh? HAHAHA.
bismillah InshaAllah di pagi ni nak kongsikan perbualan dengan seorang alumnai.
Malam2 ni bincang pasal cinta syokkan :)

yang penting, TAK SALAH KITA NAK SUKA SESEORANG, SEBAB ITU ADALAH FITRAH DAN ANUGERAH TUHAN . yeeaaah, ALLAH hebatkan.

Tp sungguh kejam seseorang itu yang meletakkan cintanya ditempat yang salah. Ahhhh sangaaat kejam. That's why la ada masalah buang anak laa, zina laaa, ok perbualan kami diceritakan dengan masalah cinta. dan kakak ni balas



perasaan suka kat seseorg tu
FITRAH tau
mmg firah
sangat2 susah dibendung .
jie kira beruntung sbb masih dlm bumi hidayah .
  • kalau kat luar ni

  • bila dh suka kat sesrog je

  • mula lah


  • mtk no tel

  • contect2 ,

  • akak ada jgk terkena .

  • hampir mgalah

  • hmpir rasa nak couple

  • TAPI !

  • balik kepangkal jalan !

  • apa matlamat kita sbenrnya .

  • cinta ni SUCI .

  • tapi jgn kte cemari

  • ingt


  • SYAITAN suka mmpermainkan kita

  • dgn keindahan cinta .

  • setiap kali akak jatuh cinta

  • akak akan SOAL diri akak semula


  • '' cinta aku SEBAB apa.. ?''


  • -adakah sbb dia hensem ?


  • ''cinta aku UNTUK apa...?''



  • -adakah utk memiliki ?


  • ''cinta aku BERTERASKAN apa ...

    ?''


  • -adakah nafsu sbagai tunjaknye ?


  • setiap kali akak SOAL diri akak .


  • akak akan tanye lagi ..


  • '' BETUL KE AKU NAK DIA YANG

    BIMBING AKU ?''


  • '' tanggungjawab aku dgn keluarga kau dh sempurna ke belum ?'

    '

  • -sbgai anak

    -sbgai adik
  • -sbgai kakak


  • -sbagai sahabat


  • paling penting

  • -sebagai HAMBA ALLAH .


  • semua tu .

  • dah sempurna belum ?

  • kalau nak di ikotkan perkataan SEMPURNA

  • mmg slama2nya TAK AKAN SEMPURNALAH .

  • tp skurg2nya

  • adakah tnggungjawab tu dh bergerak .


  • setiap kali akk suka dkt seseorg

  • akak akan tnye lagi


  • '' KALAU DIA KAWIN DGN

    AKU.....''


  • kenapa akk fikir pasal kawin trus ?

  • kenapa akak tak fikir



  • ''KALAU DIA COUPLE DGN

    AKU....''


  • sbbnye .

  • akak tau .

  • COUPLE tak akan kekal lama . n


  • bagi akak


  • ''untuk apa KITA COUPLE ?! ...'


  • -adakah sbb utk MEMILIKI sahaja ?

  • akak pernah bertnya pada diri sndiri .

  • umur masih mentah


  • PANJANG PERJALANAN

    HIDUP.


chill:) Hebatkan. ana tanye lagi,
"Macam mana kalau die terus menganggu bayangan kita?!?"


  • gerkkan minda

  • utk mencari REDHA ALLAH dulu .

  • akak kadang2 CARI kat mana silap akak .

  • SEMUANYA AKAK DH TEMUKAN JAWAPAN

  • bila akak habis

  • sekolah !

  • ALLAH banyak menegur akak .

  • ALLAH berikan kesempatan utk akak belajar memahami ISI ALQURAN


  • ILMU AGAMA .

  • mmg slama ni di hidayah akak belajar tu

  • semua

  • tapi akak belajar sbb apa ?

  • sbb EXAM

  • sbb nak LULUS SPM .

  • bila habis sekolah !

  • ALLAH uji akak

  • dgn bermacam2 ujian

  • kemudian di situlah TITIK pemulaan akak


  • belajar

  • mendalami ilmu agama

  • akak mula SEDAR .

  • segala kesalahan akak

  • berpunca daripada MATA .

  • then MATA ADALAH salah satu PANAHAN iblis .



  • jge mata MAKA TERPELIHARA HATI

  • akak dulu DAH LALI DGR AYAT ni kat SMIH

  • aka tak pernah practikkan .

  • tapi .

  • bila SEKALI PRACTICKAN !

  • ALLAHUAKBAR !

  • mmg benar !

  • pelihara mata .

  • nescaya terpelihara hati

  • jie beruntung

  • proses tarbiyah masih berada di smih

  • akak ?

  • jie , kalau tau kisah hidup akak !

  • msty jie akan TERKEJUT .

  • akak .

  • malas nak cite .

  • sbb , bg akak .

  • biarlah ianya menjadi sejarah

  • untuk dilupakan , tidak sama sekali

  • sbb , bnda PAHIT tulah

  • yg bangkitkan akak

  • smpai skrg .

  • akak CARI tarbiyah tu jie

  • akak CARI akak BERUSAHA utk mencari .

  • kemudian akak jumpa lagi .

  • akak tnye soalan

  • ''aku masih muda , layakkah

    aku untuk dia ? ''


  • ''entah2 ALLAH dah berikan

    aku org lain ? '


  • ''apa perasaan aku nanti

    kalau dia KAWIN dgn org
    lain ? '''
  • ermm .

  • mcm tulah yg akak fikiran

  • namun

  • nak menyukai seseorg mmg tak salah

  • sbb itu adalah FITRAH

  • ALLAH yg selitkan perasaan tu dlm hati kita .

tak boleh nak dibuang

Konklusinya; kakak ni kata cara nak lupakan SI DIA senang je Baca quran. Istighfar. Ingat

Allah selalu. Selalu solat hajat.


I.Allah, DIA akan permudahkan

untuk segalanya :)