02 December 2014

ke SembilanBelas

flashback 2 tahun lepas. Pasal birthday prank birthday qiam tu. ok stop flashback.

1 Disember 2014: Pukul 12:02 malam. Atau nama lain memalam bute. Telefon aku bunyi lagu Heora-Under the Moonlight [K.lol]

'A'mir Rif'at' Nama tertera di skrin. Senyuman aku melebar luar.

"Awak, kita tak nak wish apa-apa tahu." Katanya. Aku tersenyum. Haih, tiada apa aku nak harapkan. Kalau boleh sekarang nak balik Johor, nak potong kek sama-sama dengan Am. Mana pernah, potong kek sama-sama. EH! Ada! 6 tahun yang lepas, masa tu, form two. Gila jauh dah.

Esok tu, aku pergi kelas dengan perasaan excited. Kononnya dah matang lah kot. Gituh~ Borak dengan kawan-kawan, dengan perasaan excited gituh~

Entah, maybe hari tu, aku dah naik satu tahun. kot?
atau umur aku dah nak habis belasan tahun?
atau dah nak sampai seru?

entah.
Lecture nama Farah tu masuk. Lepas dan cakap, dia terangkan sikit-sikit pasal letter tu.

"Ok, boys, cuba try korang buat Title, biasanya lelaki suka cakap pasal smartphone right? Try la Enquiry of Iphone 6 or anything else."

"Girls, korang try buat head title, biasanya korang suka order-order makanan or nak buat birthday suprise...." zassss, aku blank. Dan aku tersenyum. Bukan senyum pasal birthday suprise, tapi sebab 'birthday' k annoying.

"Ok, lets try write today's date." and again aku blank dan aku rasa sejuk lain macam. aku tergelak, dulu masa aku sekolah, mana pernah nampak 1 Disember dekat whiteboard. Orang holiday kot time tu,

Petang tu, aku balik bilik dan siapkan task kakak naqibah bagi. Cerpen Bagaimana Aku Mengenal Tarbiyah  dan buat nota Fiqh Sirah.

Malam tu,  attend usrah. Dan aku jadi 'orang baru'. Bila mana, aku yang tak pernah pernah datang awal ni, datang usrah paling awal. Usrah hari ni, buat aku bahagia syadid. Sebelum tunggu usrahmate lain sampai, aku pun jejakkan kaki dalam masjid dengan Fatimah sebab nak beli air.

"Fatin Najihah kan?" Seseorang yang..... lalu dan berhenti depan aku.
Aku teragak-agak.
"Ingat tak?" Dia menyambut tangan aku.
Najihah? Heh, time sekolah rendah dulu je orang panggil macam tu.
"Syuhada Hayati?" Aku recall kenangan silam.
Dia tersenyum. Ahhhh, ada juga batchmate dekat sini. Aku terpandang kad matrik warna kuning.
"Oh, baru masuk? Course apa awak?"

ok tutup cerita lepas aku dan Fatimah beli air, lepastu pergi kelas yang nak buat usrah tu.

Usrah malam tu, aku rasa roh baru. Ye lah, siapa taknak azam baru kot. Sepanjang usrah, aku melemparkan senyuman, kepada semua usrahmate dan kakak naqibah. Tiba-tiba, tiga orang akhawat masuk dan duduk join sekali.

Bukan rasa tak sedap hati. Tapi, semacamnya aku suspicious.

Aku mula tidak duduk senang.

"Usrah kita akan ada rombakan" Aku teringat kata-kata kakak naqibah sebulan yang lalu.

Selepas diterangkan, akhirnya dua antara kami akan terkeluar. Dan naqibah kami, turut diganti. yang paling aku ingat, "Ini juga, boleh jadi hadiah hari jadi birthday orang tu kot?"

Aku menundukkan kepala 90degree. Hati aku bergetar kuat. Tangan aku gengam kukuh. Fatimah disebelah tidah sudah lagi memaut tangan aku.

"Adik-adik, ada nak cakap apa-apa? Mungkin untuk akak, atau usrahmate? Atau naqibah baru.?"

Semua bernada sebak. Semacamnya mahu menangis. Aku cuba untuk gagah, melemparkan senyuman sebaik mungkin. Aku cuba bergurau-gurau, mengubat hati yang sedih. Tiba giliran aku bersuara, cuba sepetahnya berkata. Mata mula panas, tapi aku cubit sekuatnya tangan aku. takkan hari ni nak pisah kot? Aku pujuk hati, sesungguhnya DIA maha tahu.

Tiba pula kakak naqibah memulakan sesi ta'aruf bagi diri mereka.

"Nama akak, Yana, bla dan bla dan bla."

"Nama akak, maryam, bla dan bla dan bla."

"Rasa maryam ada kot, junior sekolah kat sini?" Kak Ainun bersuara.

"Sekolah Hidayah?"

Aku terus mengangkat muka. what? "Oh ye ke? akak Batch berapa, oh 7? Huhu, tak sempat kita kak.."

Tiba-tiba, kak yana di sebelah bersuara lagi. "So,awak kenal...rai? safiyah? mai?"

Aku terdiam seribu bahasa.

Tadi sahaja, aku 'dihadiahkan' dengan Syuhada. Kini? Senior qawiy?

Dalam sedih, hati aku memujuk untuk senyum. Ya, inilah hikmahnya. Aku, berpisah dengan dua usrahmate dan kakak naqibah yang paling sayang. Tapi diganti dengan senior sekolah aku sendiri, yang generasinya juga adalah generasi qawiy, juga kenal dengan sahabat-sahabat aku yang qawiy!

Allah.

Malam ini, tidaklah aku menangis penyesalan. Aku menangis, kerana berpisahnya aku dengan tiga orang yang aku sayang, Allah tetap tidak menjauhkan aku dari tarbiyah :) Betullah, Allah punya ramai tentera.

Sesi bersalam-salaman

"Kenal adik akak? Kak Nawal?" Sekali lagi aku terkejut, Like, seriusly?

"Kak Nawal, akak ingat kita?"
"Ingat, Kak Mila kirim salam, akak bagitahu awak ada dengan akak."

Hah, semacam aje aku rasa nak menangis. Sungguh hebat hadiah malam ini, Ya Allah :)

Sepanjang perjalanan balik ke mahallah, aku berborak, dan berfikir sejenak. Segalanya sungguh ada hikmah.

Tiba di bilik, atas meja ada satu beg, aku buka, penuh dengan hadiah dengan kad. MasyaAllah. classmate yang dari siang tadi tak wish saja nak gedik gedik. Dan sekali lagi aku terfikir, ini...hadiah yang sungguh hebat.

Aku tersenyum sampai sekarang. Tidak sudah memikirkan perkara yang berlaku sepanjang awal Disember ini.

Aku, dapat wish lambat, dari semua. Tapi aku tak kesah. Selepas balik usrah, aku dapat berlambak wish tidak putus dari segenap sahabat dan teman. juga dari segenap dunia. k lol. Thanks Fana sebab wish jauh dari jordengg. Hehe

Ya Allah, terima kasih. You made my day, today :*



Ok, dah 19 tahun. Alhamdulillah :)

18 November 2014

king of drama

K lol lah nama tajuk hari ni. haha.

nak kongsi satu fact about myself.

haha. Actually, hco suka tengok drama or movie.

Orang selalu pandang, budak remaja perempuan sekarang suka tengok korean drama. kan? wt. Tapi betullah. haha XD

Orang suka tengok cerita diorang maybe sebab value of love. dia punya cintan cintun tahap jiwang gigabite punya. Dia punya drama sedih tahap maksimum punya. Dia punya hensem n cantik tahap kritikal punya. Dia punya bahasa super duper cun punya.

If tengok drama diorang --  aku paling suka layan yang about school ,action, suspen, investigation, joseon palace n family. Fewwwwww~ dia punya moral dia fewww~

Salah satunya :

1 - Master of Study
Fewww~ Feww~  :'D

WIttwitt, tengok mula2 dia ajar subject math, macam mana master tu ajar student dia. if laaa, aku boleh belajar macam tu.
Mula2 tengok master dia ajar buat nota macam mana-- nota bentuk pokok tu-- haha, memang superb.
And the daebak point is, student yang orang kata otak slow, tapi spirit student tu sendiri nak capai kejayaan, nothing imposible.
Bila ada satu scene tu, bila cikgu diorang menangis bersungguh-sungguh sebab master dia dulu dah meninggal. and dia tak sempat jumpa saat last master dia takde.

"Sebab saya bawa awak semua datang sini (tmpt pengebumian) ialah, nak tunjukkan nilai sebenar seorang cikgu" haha

2 - School 2013
Cerita pasal, friendship. yang 3 tahun terpisah. Berpisah dalam keadaan dendam. Haha, teringat novel Sinergi.Lepastu, ada lah scene scene yang sedeh bila diorang gaduh tapi sebenarnya, masing masing hati ada taman :')
Bila seorang cekgu yang tak pernah putus berusaha untuk tarik minat student dia belajar, even cederakan diri dia sendiri. even melibatkan polis. even sampai dia terpaksa dibuang kerja. Dan akhirnya, student diorang pun minat nak belajar, lepas tengok cekgu diorang berusaha bersungguh-sungguh.

3 - Dream High II
Bila seorang student mempunyai cita-cita, tapi dipandang enteng oleh guru-guru. "Salah ke nak ada cita-cita?" :'(
Bila mereka yang dari kelas B dibandingkan dengan kelas A. Dan bila  kelas A dan B akhirnya bersatu menjadi satu team. :')

4 - TMTES
The Moon That Embraces The Sun. Joseon palace punya tempat. Ok, ni cerita pasal love lah. Tapi love tu tolak tepi. Cerita best sebab pasal penyiasatan. Bila first love dia hilang ingatan, dan dan dan. hah!
Nilai friendship dia best! Bila 3 sekawan membawa haluan sendiri tanpa memutuskan nilai persahabatan. Bila masing- masing bekerja di bawah istana. UN - swordsmanship kepada King, dimana King tersebut adalah adik kepada Yang Meong Prince (abg KIng yang kena buang) dan jugga sahabat baik kepada UN jugak.
Heo Yeom -Jadi cikgu kepada King. dan Yang Meong Prince - Kaki travel, bila dah kawan2 kerja bawak adik sendiri,

Tapi, bila Heo Yeom n Yang Meong Prince duduk lepak, and UN datang, "Awak dtang sini sebagai kawan, atau suruhan Raja" hahaha, ayat diaa~

Certita TMTES ni, kalau layan, memang kena tengok satu hari. Sebab nak tunggu episod seterusnya, memang tak boleh tunggu. haha. cerita ni jugak, aku layan dah sejuta kali. and get ready tissue, towel or baldi. rasa tisu tak cukup nak lap air mata. better sediakan towel besar n tebal. 

takat ni, tu jelah yang bagi aku TOP. banyak lagi, tapi banyak value of love :* hahahaha.Korea punya drama, value of love memang sweet. tapi bahaya. Pengaruh kuat nanti --

Itu bab drama lah. Kalau movie, aku suka layan cerita orang puteh. Paling best layan The Maze Runner pehh. tak macam nak melompat aku layan cerita tu.. cerita pasal sekumpulan 'org kampung' lah kot, nak escape dari tembok sesat yang besar yang dibina keliling diorang, Minho merupakan pelari yang keluar ke tembok sesat untuk cari jalan keluar dari situ. Kalau termasuk dalam pagar tu sampai malam, jangan harap nak keluar! Thomas -- budak baru. Jadi runner dengan minho, dan dia berani untuk bla n bla.

last-last -- jeng jeng jeng. haha.

But, seriusly, layanlah cerita yang mempositifkan diri. Kalau cerita tu memudaratkan diri or menyesatkan diri...tinggalkanlah. If bawa pengaruh kuat, sampai tampal gambar pelakon ke, apa ke, tinggalkan lah. Ok ? :D

15 November 2014

Amrullah Khairi aka AM



Just met a person, that I called Juju, or 'nama pena' AM. haha

Nama Pena : Amrullah Khairi Bin Nadzri
Tarikh Lahir Pena : 14Nov 19**
Tempat Study : VEHAEN
Bidang : -tak ingat-
 cool-blooded. pretty. suka pizza. suka history. pandai buat triffle.

Hai juju :) 
Selamat Hari Tua yang ke-19. May Allah bless your life dear. I just miss laa nak hangout. even bila hangout senyap senyap. just toleh toleh gituww. Lama tak keluar. tskk.

Juju, takpe kan kalau kita asyik panggil Am Am Am Am. haha, sebab kita suka. haaaa~ Juju, I'm sorry for selama ni jadi your troublemaker. *flashback cerita sekolah dulu* I'm sorry kalau selama ni, kita jeles or apa ke. *flashback benda paling x matang dulu* I'm sorry if selama ni driver yanng paling menakutkan *:'(* 

Juju, kita nak awak tahu.. kita sayang awak. *aum* haha.
hey! mahal taw nak taip ni. jadi awak kena hayati. k lol. 

Kita nak awak tahu, selama ni kita rasa sangat sangat bersalah kat awak, sejak dulu lagi, sebab banyak buat masalah. very childish ke ape ke. 

Kita nak awak tahu, selama ni kita dok usha usha je awak punya gambar yg ada dalam laptop ni kalau rindu.  *haha*

Kita nak awak tahu, kita nak sangat jaga hati semua orang. Sebab kita rasa kita ni annoying.

Kita sayang awak. Tu je. 

Sayangg awak sebagai buddies. nah flying kiss :*

08 November 2014

This war, never end!

Semalam, aku check portal. Katanya result keluar hari ni. Entah, aku sepertinya takde perasaan. Takut atau excited. Sebab, macam tahu kot pointer aku paling cincai la. Sebab, yelah. Sem ni sem paling *dafuq* sekali. Paling aku menyampah, paling aku benci.

Aku refresh portal.

ERROR.

refresh lagi

ERROR.

refresh lagi

ERROR.

keesokan harinya, aku refresh lagi. Akhirnya terpampan lahh result sem ni. No komen. Alhamdulillah atas segalanya.

Bukak whatsaap. Ramai kata nak leave kuis.. Aku terkejut seakannya, aku hilang rakan seperjuangan. seakannya aku akan hilang tentera yang bertarung dengan aku. seakannya aku kematian sayap kiri dan kanan yang membuatkan aku juga boleh terjatuh.

Just my word.

Berbaki 4 sem lagi.  Kalau 2 sem ni kita dah terjatuh dan terluka, rakan-rakan merupakan penawar dan syifa'. Battle tak habis lagi, mana boleh lari. Dan aku nak cakap, mengalah adalah untuk orang yang takutkan kejayaan. Realitinya, kejayaan itu kita semua akan rasa. Cuma kalau terlalu awal kita mengalah,

Perjuangan yang pahit bagai hempedu tu, seakan terus mati dalam hati menjadi padu.
Biarlah pahit itu bertukar manis seperti madu. Biar terus di hati tenang dibuai merdu.




Kawan,
aku punya pointer tak hebat. tak tinggi. kadang-kadang aku cuba untuk mengalah. aku ponteng kelas. aku tak attend program. seakannya aku tahu aku takkan berjaya.

Tapi, jika itu yang aku terus didik jiwa menjadi manja dengan sikap itu, jiwa aku akan mati.

Diri sendiri kena bangkit lah.


Tadi aku borak dengan adik. katanya, kalau dapat markah 78, mintak jelah extra 2 markah lagi dekat cikgu. dapatlah A.

Ehek. aku rasa, jangan mintak extra 2 markah tu. Bagi effect kat paper result, tapi sebenarnya langsung tak bagi effect dekat diri.
Nak berbangga kan dengan markah 80 sebab dapat extra 2 markah?
 Atau nak berbangga sebab berjaya cikgu terima pujukan?

Eheee. Battle ni, pahit mana, itu bahagian kita. Manis mana, itu juga bahagian kita.

Kawan,
Janganlah mengalah. sebabnya aku juga senang nak mengalah. Jiwa aku terdidik dengan kawan di sekeliling.

Sebab, kau kan cermin aku. kan? :)

Dah, pointer tu, kita letak tepi dulu. Sem3 is coming. struggle tu bagi extra sikit.

28 October 2014

Nak COPY?


Bismillah,

Ramai yang tanya, macam mana nak copy post dari blog ni.

Minta maaf, sebab haicikosem dah setup utk no copy, lupa macam mana nak hilangkan benda alah tu.

Tapi sokey, 

Bagi yang nak copy, korang boleh email dekat :

pz2loveyou@gmail.com

boleh bagitahu nak post mana. ok?

sejuta kemaafan dari saya,

-haicikosem-

One Step Closer

Bismillah.
Fuh Fuuh~ Ku sapu debu yang tebal di laman sesawang ini. haha.

Lama tak sentuh blog- sebab encik lappy rosak .tsk.
lama jugak tak sentuh blog- sebab final around the corner. acah-acah belajar *haha*

One Step Closer. Lalala~
Here, I want to say goodbye to my dearest sem II. anyeong! argh. Lepas dah sem paling sesak sampai sakit dada. hilangg dah semua sakit sakit badan lari sana lari sini. Pergi dah benda benda yang buatkan hati sakit dalam sem II ni.

Tapi, sem II ni banyak pahit dari manis.
Manis bila sem ni paling teruk outing dengan glurp-glurp. Sampai sem kali ni, tiga kali overnight. Ya rabb :')
Paling manis bila, ...

tu je.

Pahit bila, trettretrtetrettetettrtetetret.
aku menyampah gila nak ingat balik. kalau boleh, grr grr grr. 
Pahit bila, air kat KUIS takde sampai rasa nak meroyan pun ada.
Pahit time jawab paper IT yang bagai nak gila.

Hopely, next sem, going smoothly~ takde lagi benda menyampah ni.
korang, tak payahlah masuk kuis. hahahahahahhaha

Cuma, next sem ni nak jadi matang sikit. tak payah dah nak jadi budak budak sangat- orang bukan suka. nak2 nak orang dekat. Cuma next sem ni nak jadi orang baik- haha. credit to all my coursemate.

Dahlah, One Step Closer lagiiiii~ kringg kringg~

19 September 2014

#FATC

bah, FATC bah. what is it?



#FinalAroundTheCorner

Paper aku 30Sep 2014. Then habis 17 Sept 2014. So, readers.. aku butuh doa kalian sikk. tahu gak? sem ni sem yang paling syahid sangat. When banyak subjek yang kau kena belajar sendiri. Dah lah yuran apak mahal. *sape suruh masuk kolej* kah kah.

Hep! What you got is what the best that you get. wt? My English, sorry :3

Aku sekarang, tengah menaip dari bilik aku. Sambil menguap-nguap. Sambil dengar lagu Heart Attack. Ya~ Memang Heart Attack sangat. Now, study week, tapi sekelumit pun aku tak boleh balik. aku ada kelas, ada midterm. Usrah? banyak kali aku skip. Daurah? banyak kali aku excuse. Bukan aku sengaja. Bukan aku mencari alasan, tapi...kadang-kadang apa yang kita plan mana menjadi. Plan Allah itu yang menjadi. Kan?

Hari ni, baru lepas amik slip exam. Ada satu scene tadi, orang tu pakai jubah putih. Tapi datang BPA tendang pintu. kawan aku terkejut. dah kena dengan pak ostakk ni ha?

Tapi, heh. Ni pesanan untuk semua yang bekerja; yang kau dapat duit hasil daripada orang bz like student tu... T O L O N G L A H kalau kau tu tahu H A K kau sendiri! grrrr. cth; kau habis meeting, dan kau nak ke balik ke office, tapi kau keluar dengan officemate-jalan2-snapping tapi kau tahu, ramai orang beratur dekat kaunter kau nak selesaikan masalah.

Orang ni semua, tak sama halnya. BZ nye pun sama- jadi tolong ye. tolong.

Orang berjubah tak perfect mana.

Orang ber'khemeh' ada batas sabar.

Orang pakai shortpan ada tahapnya.

Senang kata, hati masing-masing ni ada limit sabar. grr grr grr.

Ok, back to my topic. FINAL AROUND THE CORNER BAH oiii. oiiii!

FIQH IBADAH

MUET

BAHASA KEBANGSAAN

BAHASA ARAB

PENGENALAN IT

SYAFAWI

TASAWWUR

TU subejek aku yang %$^*&( ngangangenadqdeeidudeidjd23oij2oj3jb#$^&*(hbv3$%^&*(bvgdtrfg(*&

sorry, keyboard aku rosak. Jadi, kawan yang membaca, atau orang yang membaca ni anggap aku 'special' bhahahaXD tolong doakan aku ye :)

26 August 2014

.Brainstorm.


Assalamualaikum. Korang, dear semua. nama tak, brain storm tu? haa, storm lah tu. berselirat, berserabut, segala macam ada.

Dah masuk week 11 dah aku yang sem II ni. Haih haih, besar sangat dah. Sangat dah ni.

Ok, why brainstorm? Why?! Sebab, assignment bah. Kepala ni bah, nak sakit dah bah, kepala ni bah dah dua tiga kali masuk angin. lutut ni bah, dua tiga empat kali dah getar bah. Assignment banyak sangat. Sangat sangat. super duper mesta banyaknya.

Fiqh Ibadah nye.
IT nye.
Bahasa Kebangsaan nye.
Bahasa Arab nye.
Tasawwur nye.

dan paling penting, HKK - HARI KOMUNIKASI KHALAYAK

for the first time, HKK buat dekat PKK, Pusat Konvokesyen. and for the first time, kau handle program. and for the first time kau jadi S/U program, segalanya, for the first time!

Setiap hari ngadu kat ayah, ayah..akak penat. Akak penat sangat. Tidur lewat malam, pergi kelas lambat, kertas kerja itu ini itu ini. Ayah, ayah. Kadang-kadang sampai terngalir ayaq mata,

PAUSE.

I miss my HIDAYAH JB :'(
I miss the surrounding, yang sangat menjaga hubungan ikhwah akhawat. I miss, rindu nak dengan akhawat. rindu nak berprogram. rindu segalanya. rindu, rindu kawan gxiv. entah, maybe kesibukan yang ditelan detik masa ni membuatkan aku teringat saat buat kerja sama-sama. menangis sama-sama.

Aku rindu waktu tu.

Ok, nak inform.. HKK nanti, aku sajak atas pentas. Mohon doakan, sebab mesej aku pasal ; Saudara-saudariku.

Terima kasih dekat Abang Gantang yang sudi ajar sampai ke next stage ni, Alhamdulillah :')
Thanks to Allah, who yang menceburkan aku dalam bidang ni, ingat mimpi je, tapi Alhamdulillah :')

Aku, ni manusia yang tak tahu silap aku sendiri. Kadang-kadang, yaa maybe adat orang Johor kot yang suka cakap lepas takde lapik tapi manja dan sentap. Maaf kepada yang aku pernah tersakitkan hati. pernah terguris. Lagi-lagi MT HKK, dan AJK. Lebih-lebih lagi jugak dekat my lovely roomate Ain, yang sekarang aku rasa dah renggang sbb meeting sana sini.

Tapi, Ain, goodluck for your Job at HKK nanti :'P I'm so so so so so so so so believe that you can do it my lalink! MC for that day! YEAYYH.

Ok, esok hari aku bz lagi. Doakan aku tak pengsan dalam PKK nanti ke, dalam kelas ke. hahaha.

tadii.. haih.

21 August 2014

Demam Walimah

Ceh tajuk. over action seh. kah kah kah. demam walimah? nope la. 

credit bukan untuk aku. tapi kredit untuk ikhwah akhawat yang rasa dah sampai seru, credit to akak roomate yang asyik jalan dengan abe, credit tu kak nisa yang rasa sedih sebab rasa takde orang suka dia,  credit to my dearest amie yang dia rasa dah fall in love, credit to my lovely roomate ain sebab dah terpengaruh dengan akak roomate yang umur memang dah 20+.

Ok. credit to all.

yang penting bukan credit untuk aku.

On FB. .trrt.trrt. dot dot dot invite you to Walimah bla bla bla. Pehhhh. SubhanaAllah, my senier kawen dah.

.trrtt.trrtt/ dot dot dot invite you to her Walimah. Pehhhhh. another lagi my senier.

.trrrt.trrt eh gambar apa ni? Peeeeh?! senier 'berikhtilat' secara halal dah.

.kringg.kringg. sepupu call, kata ada orang nak masuk ehem ehem. peeehh! dulu main potong-potong sayur kannn?

and another trrtt trrrtt. 

Just to say, berikhtilat lah secara halal. bersentuhlah secara halal. bersama-samalah secara halal.

aku? 19 lagi. baru semII. tak langsung pun terfikir. untuk my ketiga-tiga roomate, korang nak kawen kawen! 
to my dearest friend Mrs A and Mrs A ; hwaa hwaa hwaa! korang, zaman muda kita tak kering lagi. Takmoh lah nak habiskan zaman bujang cepat sangat.

aku, akhawat yang orang kata, budak-budak lagi. Ting Tong.

20 August 2014

Tragic 050814

"Korang, malam ni ada jamuan ala-ala last for kak jid nak tinggalkan rumah dia."
"Ok cun. Sekarang ni, silalah semua wajib pakai lawa-lawa. Korang nak sexy mana, pakai je. Gegirl-gegirl je ok?"
"Orait. Set. Yang mana bertudung labuh, yang mana sopan santun kat kelas, silalah tunjuk belang anda ye. no more worry-worry. k?"

"Set."
We have a party like usual. Laughing. Kidding, Snapping. Selfyieng. Eating. Smilling. No Crying and no tears. Everyone happy. QS n Syariah, bergabung, meletup. Macam biasa, kitorang kan buddies? Jam makin laju bergerak. Antara paling happy, aku dan Nadiy, 'mungkin' sebab, malam ni sepatutnya jasad ni ada kat bilik meeting. Meeting for HKK. 

Sebelum gerak ke rumah kak jid, whatsapp mt hkk bising. kata nak buat meeting malam ni. Falah, Shauqie, Rahimi, Jan, Aliah, aku and Nadiy. "Argh! Tak jadi lah plan nak makan malam ni!"

"Sorry korang, meeting malam ni tak jadi." Pengarah HKK.

Apa lagi-aku melonjak habis. Habis diseru nama nadiy.

Masa berlalu. Jamuan dah habis. Semua jadi princess malam tu. Tapi, masing-masing macam malas nak balik. Sebab, yelah dah duduk dengan geng, siapa nak balik? even jam pukul 12 malam. Tiba-tiba, Nadiy ajak berkumpul. muka serius. Aku pun excited. ye lah~

"Bad news. Budak lelaki excident. Diorang jatuh motor. Falah n Shauqie. Falah sekarang tak sedar, dia kat icu." 

Like a storm ok. Tadi aku gelak bagai, aku gelak sampai menangis. Aku senyum sampai ke telinga. Aku gelak sampai gigi tertayang.


situatuian Falah for the first. Rahang teralih. Gigi ada yang pecah.


Situation kitorang yang gila langsung tak sedar keadaan diorang.

Macam kena heartattack. First yang kat pemikiran aku, tadi baru aku nampak korang present kat depan. Tadi baru aku.. tadi aku baru... haih. HKK guanne? Pengarah dan MC tu, haih. Macam mana lah aku boleh bergembira sedang mereka bertarung nyawa.

Situasi Shauqie Alhamdulillah, cuma....the only one Our Falah, yang boleh dikatakan kritikal. Koma.

Esok, kelas kami hambar. entah..aku boleh kira berapa mata yang bengkak *ceh* Ye la, nak kata rapat boleh lah aku anggap rapat.

Melaka sama-sama woi. Snap picture sama-sama woi. Wall-climbing sama-sama woi. BBQ sama-sama woi.

Banyak sebenarnya sama-sama kitorang.

090814-
Gegurl lawat kau. Pehhh tengok kau terbaring, kena ikat kaki dan tangan, macam tak berderai sangat mata kitorang ni. Masing-masing tahan air mata, sebab ye la. tak sangka jugak. Kau semalam ok elok je smart-smart present kat depan. Tup-tup ujian Allah, macam gini keadaan kau.

Untuk Falah; 

080814: Kan memang schedule nak pergi Pahang for LBI. Kau sorang je ikhwah yang aku, hazi n hanum anggap berguna. Yang bersuara, even kau lambat masuk or what.

Kitorang ber-3 takde hati nak pergi Pahang. Pergi dalam keadaan tak tenang. Hari Jumaat, kau sedar dari koma, dan time tu kitorang dalam bas otw ke Pahang. Aku and Hazi dalam bas macam nak menjerit bila tahu geng semua nak ziarah kau. 

Ye la, sepatutnya, kau sekali dengan kitorang.

Sampai Pahang, kitorang sampai dekat tempat yang superduper comel dan tenang. 3 hari kat sana, kitorang asyik cakap "kan best kalau Falah ada sekali. Mesti dia suka ambil gambar."


View dekat Pahang. Rumah, Syeikh Hussein Al-Attas

Tambah pulak, rumah yang boleh dikatakan rumah orang hebat. InsyaAllah, for the second time kau kena datang!

The next another day;
160814- Aku + Hanis + Hazirah + Nadiy + Kak Jid +Mie +Qie

Ziarah kau dekat hosp baru. apentah namanya. Seronok, sewa kereta overnight sampai pagi. Kah-Kah-kah. Tengok kau dah sihat. Peh, senyum jelah. Alhamdulillah :'D

Malam tu, merempit motor and kereta. Warghhh! Lama sangat tak drive. Aleh-aleh tengah drive ada motor menyusup depan aku pergi line kanan, aku break! Kereta sebelah hon panjang, and suddenly dengar bejebummdbwhdj!! Haaaa?!!!

Motor tu jatuh, aku dah menggigil sebab, kereta tu main blah macam tu je, lepas dah himpit motor tu. Ya Rabb~ Tapi, asiff dear abang motor. Aku tak boleh nak buat apa. Sebab Mie dengan Qie dah jauh ke depan. Apa-apa incase diorang takde, susah.

Last but not least : Please teruskan pray for Falah. Biar dia dapat datang kelas, sambung sem dengan kitorang. Dapat pergi trip macam dulu dengan kitorang. InsyaAllah :')

Bersenyum-senyum ziarah kau.
.Hashtags.

#FalahAzmi
#FalahAzmiGilaSangat
#Pray4Falah

31 July 2014

#PrayForGaza

Bismillah. Salam dari kerusi coklat rumah ini.

Alhamdulillah dah sampai rumah. Nak balik johor senang je, confirm, memang tak jem punya. Johor kan lanun~ haha *proud*

#np Pejuang Al-Qassam by Hijjaz

Raya dah masuk raya ke-4. Aku pasang berita dekat kampung. gencatan selama 12 jam dekat gaza. Rakyat gaza prepare for diorang punya Eidulfitri. Lepas 12 Jam, sekali lagi bumi gaza dihujani dengan bom zionis terlaknat di dunia, di bumi, di akhirat, di langit. Gaza berdarah lagi, darah merata. Bangunan runtuh dibedil peluru. Semalam, sekolah dibedil. habis anak-anak pun turut dibedil. Hatta sumber elektrik pun terputus dek kerana dibedil.

eh, manalah hati Zionis? Hati mereka dah mati. Hati mereka dah hitam. Hingga tiada dah beza binatang dan manusia. sedang mereka pun manusia, cuma beza, hati itu fikiran itu tidak berada di tempat sepatutnya.

Raya aku hambar. mungkin raya yang lain pun sama. Habis Ramadhan, aku terasa, tapi nak beraya itu tidak terasa. Mana tidaknya, #MH17 , #MH370 #Pray4Gaza tiada henti tangisannya. sedang, abah pun tak balik beraya. apakah erti raya aku? *ceh*

Aku pasang youtube. Tengok video mv Hijjaz pasal Pejuang Al-Qassam, dibasahi dengan komen negatif sampah pemikiran zionis. Hahhh, rakyat Malaysia tidak terkecuali?

Al-Qassam ini, terrorist? Sungguh apa maksud terrorist itu?

Bayangkan..

Malaysia, hidup aman damai. and suddenly sebuah negara menumpang. Duduk sikit-sikit. Lama-lama memenuhi Malaysia. TIBA-TIBA nak ambil terus Malaysia? Siap menembak, mengebom, membunuh, sebab nak Malaysia. Eh, babun kalau kacau habitat dia pun dia marah, apatah lagi manusia. Al-Qassam mempertahankan negara mereka, tapi kau pergi tujah Al-Qassam tu terrorist?

sungguh, ada manusia seperti ini.

Zionis itu terrorist.

Menembak mati anak kecil. Menembak mati ibu mengandung. Menembak mati atuk nenek. Menembak mati binatang yang tak bersalah.

Itu kau kata..bukan terrorist?

Sungguh, ada manusia seperti ini.

Menjaga tanah air itu kau menuding jari itu sebagai terrorist?

sungguh, ada manusia seperti ini.

Di mana hati kalian yang memanggil Al-Qassam itu terrorist? T.T

Di mana? Ya rabb, kau ketukkanlah hati mereka yang memanggil tentera mu itu pengganas.

Puasa mereka di dunia, iftar mereka di syurga. SubhanaAllah!
Al-mar'ah kat sana pakai tudung even time tidur, takut bila mereka 'syahid' masa tidur kerana dibedil, tubuh badan mereka di lindungi.

Sedang kita disini?

Bertopengkan kejahatan di sebalik kebaikan.

Mereka di sana, bertopeng kerana bagi mengelak riak. BUKAN PENGECUT!! arr, pleaselah.
ISLAM tak ajar untuk jadi pengecut. ok?

aku kesal.
kesal dengan pandangan jarum yang tersembunyi di mana-mana. sedang orang bukan islam pun dah bangkit menegakkan Gaza. sedang OneD pun dah menegakkan gaza, kau masih terkial kial pray for zionis? ya~

No pray for them! Zionis, hati dah keras membatu. Jiwa dah membeku tiada cair. mereka terus membedil dan membedil. Tapi, jangan ingat Al-Qassam akan berundur.

psst: for Zionis, Al-Qassam, bukan calang-calang tentera kau nak lawan. tubuh mereka mati, tapi jiwa mereka takkan mati. kuantiti syahid menggunung tapi di belakang mereka tersimpan lagi ramai tentera. Al-Qassam, hebat di dunia, moga hebat di Akhirat.

Mereka, bukan calang-calang tentera untuk kau jatuhkan. Heh,



#PrayForGaza

16 July 2014

Redup

Bismillah. Salam dari CC tempat ni.

aku sedang berlari. meninggalkan kesakitan

sebab tu aku sendiri. buat hal sendiri. 

aku yang tersakiti lalala~

susah bertarung dengan 'perangai' sendiri.

perangai sendiri yang ada pada orang lain.

ya Allah.

Malam tu tak dingin mana. Angin biasa. Tak sepoi, berbahasa apatah lagi. Cuma hati aku riang dan ria. Cuma perasaan ego masing-masing, habis jiwa hati aku, habis jiwa hati dia. Aku melarikan diri dari engkau.

nak bawa perasaan benci aku seketika. biar redup sekejap. Kau pun, lari dari aku. Baguslah, masing-masing main lumba lari.

Aku nak balik rumah. tak nak duduk sini. tak suka. tapi tarbiyah tu, aku tabik. cuma hati aku tak boleh kot nak hadam kat sini. cepatlah aku blah dari sini. tinggalkan orang yang aku tak boleh.

Aku landkan kepala, teringat Rif dengan Am. aku rindu gila kot kat diorang. mana nak cari diorang kat sini? mana nak cari semanis gula ukhwah kat sini.

Aku sendiri, terfikir pasal raya.

Atok dah takde dah. Entah siapa nak "angaaaah" nanti kat depan pintu. Entah siapalah nak tunggu cucu diia balik malam-malam. Siapalah nak masakkan lepat untuk aku.

last post aku, malam tu aku balik kampung dapat berita atok pengsan. otw, dapat berita atok dah takde. mencurah air mata ni. bila tengok jasad atok, terkebil-kebil mata aku. serius ke ni? minggu lepas baru jumpa atok, main hug hug kiss kiss.

bila mandikan atok, atok dia je. langsung tak bergerak. mata aku terkebil-kebil. atok takde dah.

ok, aku nak blah dari cc ni. aku sayang orang sini cuma, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. aku nak blah.

chaww. Assalam.

04 June 2014

kalut

hari ini, waktu ini aku buat dua post terus. Latest; cemburu itu tak matang.

tapi sengaja aku tak post. 

aku revert to draft.

entah, otak aku kalut kot sampai aku terpaksa muntahkan dekat blog ni.

aku da delete insta. da delete tu. 

aku rasa dosa aku banyak sangat.

aku nak delete fb, twittah, whatsaap, aku takut aku lost contact dengan kawan.

dengan fb, aku takut buat lagha.

yelah, bagi mesej dalam bentuk 'word' yang bodoh,

biarlah. tapi sekarang aku dah lega.

bila dengan insta aku upload benda merepek.

biar aku selamatkan diri aku dulu.

bila aku ada twittah, selalu membebel benda ngarut,

keyboard warrior.

pandai nasihat dalam bentuk tulisan.

depan orang terus kalut terduduk.

bila sampaikan benda baik,

tapi diri sendiri diburu nafsu jahat.

aku manusia biasa yang setiap hari ternak dosa.

tapi lupa untuk membaja pahala.

lupa untuk siram pokok taqwa.

entah, hari ni aku rasa lost.

ninoninoninonino.

aku mohon tangan untuk sambut aku. 

ketuk nadi aku yang seakan rasa mahu berhenti.

aku tak nak putus asa.

taknak jadi pengecut yang tinggalkan medan perang.

aku masih ada hidup untuk terus berbakti.

dahlah. aku nak pack barang. nak balik. nak naik sem.

aku butuh doa kalian.

doa agar aku terus kuat.

chill ya!

24 May 2014

GEN 17

Credit to adik-adik Gen 17Tain. *betulke ejaan?*

Akak ada seorang hero. Hero yang akak sayang, dan hero yang paling banyak buat masalah. Hero yang sebaya dengan adik-adik. Hero yang juga sayang aadik-adik. Dan InsyaAllah Hero yang sebenarnya sangat rindukan adik-adik.

Kita daki gunung Arong dalam keadaan yang sangat mencabar. Dalam keadaan hujan. Dengan keadaan permukaan gunung yang licin dan tinggi. Juga dihadiahkan kabus dari DIA! Sebelum perjalanan, akak call hero.

Akak borak kejap dengan dia. "Akak kat sini, jumpa kawan-kawan. Kitorang nak naik gunung dalam keadaan bahaya. Doakan kawan-kawan ehh.."

Apa dia cakap, "Dahlah kak, tak nak dengar lagi dah. Sedih sebab tak dapat join. Akak kirim salam dekat kawan-kawan eh, Izzuddin, Ammar dll *akak tak tahu nama sangat* , cakap dengan diorang, rindu sebenarnya nak mukhayam."

Entahlah. Tapi, sebenarnya akak sayang batch adik-adik. haha. Sebab ramai yang akak kenal. Lepastu perangai semua sama macam perangai adik akak. Tak kisahlah banin ke banat. Sama je. Rasa macam.. special gituhh. hahaha.

Dulu, hero tak suka mukhayam. tak suka daurah. tak suka mabit. dll. apa yang dia sayang, adalah kawan-kawan yang sedia membantu. ukhwah antara mereka. bila Hero tak lagi sambung hidayah, hero cakap, susah nak cari kawan macam dekat hidayah. susah nak cari tarbiyah macam dekat hidayah. suasana yang solat jemaah. dll. susah sangat. 

Jeles tengok kawan-kawan mukhayam. Man rindu sangat dengan mukhayam.

Kalau adik-adik ingat, time adik-adik f2 akak jadi fasilitator yang paling annoying. Bila join mukhayam f4, betapa terasanya akak bila tahu, adik-adik dah besar. dah f4. tak lama lagi f5. dan tak lama lagi nak tinggalkan sekolah.

Bila time mukhayam f4 ni nampak adik-adik bina pengkalan. perhimpunan, solat, main game, dengar tazkirah, golek2 or what dan hirasah, jujur akak cakap, akak terlihat hero. hero yang dulu akak pernah jadi fc time dia f2. nak kata rindu tu takdalah. cuma, nak cakap, betapa sebenarnya rugi bila tak join mukhayam lagi-lagi dengan kawan-kawan yang hebbat!

Mukhayam, adik-adik mungkin rasa satu camping yang menyeksakan. menyusahkan. memenatkan tapi percayaaaaaalahhhh. habis sekolah, confirm adik-adik akan rindu semua tu.

Tengah tazkirah, hero mesej; "Akak, apa kawan-kawan tengah buat sekarang?"

Adik-adik tak rasa. Sebab adik-adik masih berpeluang nak join semua ni. Tapi apa perasaan seseorang yang tak berpeluang lagi nak join?

Terima kasih kepada semua, sebab program mukhayam tiga hari membuatkan hati akak betul-betul tersentuh dengan seorang yang nak sangat rasa apa yang sahabat lain rasa.

Entah. Ukhwah ni, tak boleh nak diungkap melalui hati yang benar-benar merasai. Malah lidah juga tak mampu nak berkata. Cuma hati yang mampu memberi respond tentang ukhwah. Tangan yang saling menggapai, mata yang sentiasa melihat.

Itu yang akan adik-adik rasa bila dah bergelar alumnai.

Kepada sahabat-sahabat hero, akak nak ucap terima kasih sebab dah buat hero rasa rindu dengan tarbiyah sekolah. rindu dengan program sekolah. rindu dengan tutur kata sopan yang dididik dari sekolah. rindu ukhwah antara senier dan jenier sekolah.

Untuk mukhayam adik-adik. *clap your hand *

Tak sangka, akak betul-betul dapat senyum bila tengok adik-adik dapat daki gunung dengan suasana yang sangat mencabar. Cabaran ini, sama dengan cabaran adik-adik nak gapai kejayaan nanti. InsyaAllah.

Goodluck in your exam, in your life, in your SPM'15'.

#psst: tolong jagakan sekolah untuk alumnai yang tak dapat lagi nak sertai mukhayam yang dihandle oleh sahabat hebat dan guru terbaik beserta denda or teguran dari mana-mana orang. hehe :D


19 April 2014

Otak Di Lutut

Assalamualaikum
Hello
Annyeonghaseyo

Entah, hari ini aku nak berbicara.
Mungkin juga esok aku mahu berbicara.
Atau mungkin juga tulat.

Persoalan demi persoalan menujah fikiran.
Mengapa harus dibedil mereka yang tidak bersalah.
Apa erti 'salah' di otak kau?
Apa makna 'hidup' dekat benak pemikiran kau?

Aku geleng kepala.
Dunia juga menggeleng kepala.
Cuba memahami situasi.
Oh, mungkin ini yang dieertikan dengan,
Otak di lutut.

Israel dan Geng As-sisi.
Kenapa dipandang hina kasih kami?
Kenapa dipandang jijik cinta kami?
Kenapa dipandang enteng tulus kami?

Satu dunia bertanya,
Palestin dan Mesir.
Apa salah mereka?

-FNR-

Jauh tapi dekat. Senyum Sinergi :3 - PII

Bismillah.

Ingat tak? Dulu aku ada janji nak buat versi dua. haha. Dulu versi satu dekat sini >> Jauh tapi dekat. Senyum Sinergi :3
Kali ini entry pasal chenta dan chenta. Tapi versi dua punya. koff.koff. Kalau part one, cerita pasal dia dan dia ;)

But today, tipulahh kalau nak lupakan my lovely penolong kelas 5ikhlas12. Juju.


She is my amazing friend. My daebaki friend. ingat dulu, time.... *flashback* 

Satu part when, aku menangis sebab errr, mungkin di ketawakan oleh one of my classmate. And, she came. 

Ju, seriesli. Waktu tu rasa macam, Ya Allah, Terima kasih kau kurniakan aku seorang 'Juju'. Even, lepas awak jumpa diorang.. ada lagi benda yang sakitkan awak kan? Time tu, kita just tengok awak dari jauh. Sebab, yaaa. Kita tahu kita tak kuat macam awak :'( and, that time baru kita rasa, erh Jihan, you just a troublemaker! Such a Troublemaker.

Ehehe. Dulu, ingat lagi..awak ajar kita Math. Ajar kita English. Ajar kita Science. And, bila dapat result exam, kita selalu bandingkan awak and kita. Tapi bila awak dah bagitahu markah, kita just diam buat dono. Hahaha, time tu ingat sangat awak cakap, Peh, kita dah tunjukkan markah dah kann... 

I'm troublemaker.

And, ingat tak? cerita paling pahit form 4 dulu? *taknak sebut* Ya Allah~
Seriusly juju, awak memang tough hadapi benda tu semua. Kita? *:D* Juju, kita taip sambil gelak gelak sebab, teringat semua tu. 

Tapi bagi awak, mungkin awak tak boleh gelak. sebab.. this troublemaker, just tengok awak hadapi that prob sensorang. Kan?

Juju, Ingat tak time form 5? time yespiyem? Bila awak and Effah bincang pasal Jamuan? And kita nangis sebab benda paling nonsense di dunia tu? And...kita cakap something kat awak sampai awak keluar bilik, time tu awak tengah sungguh pujuk kita, awak keluar bilik terus tak layan. Bila awak keluar, terus kita rasa, Ya Allah.... apa lagi aku nak susahkan Juju ni? :'( 

Najwa, mungkin kita belum fully minta maaf dekat awak. Sebab, kita ni pengecut. Ya, keyboard warrior. Taip kemahen, tapi bila berdepan...

Seriusly Juju, Kita nak minta maaf. Sebab jadi troublemaker selama jadi kawan dekat sekolah dulu. Very childish. Kita minta maaf sebab cuma mampu berdiam bila tengok awak fighty sensorang. Tapi, bila kita dapat result teruk awak selalu support :') 

Awak, setudi dekat uia, setadi elok elok. semoga jadi student sukses ye :)

Terima kasih, sebab jadi perisai kita time sekolah dulu. koff.koff. terima kasih sebab dah banyaaaaaaak sangat awak ajar kita. Najwa, Terima Kasih :')


Yutie.

Kawan sekolah, sekelas, seasrama yang paling memahami. eheessss :D

Aku pantang ada problem, memang cerita dekat dia. Pantang ada karya baru, terus bagi dia, even belum habis tulis. Dia kata.. "Takpaa, ana suka baca karya enti." 


Dia suka datang rumah! Lepastu kita 'bertukang' versi perempuan ;) Dulu, awak datang kita ambik. Sekarang ni... Eh takpe, boleh datang sendiri dah... Ukhti Yutie. Syukran Jazilan ukhti.

Ingat lagi dulu. Bila zaman tengah angau dan zaman tengah gila dan zaman tengah fall in tottettoetett awak lahhh yang selalu mengingatkan. Awaklah yang selaluuuu bagi inspirasi. Lepastu, awaklah paling berani dalam semua benda, paling cekal hadapi semua. Then, awak one of my friends yang rajin follow kita punya hobi. nak bake segaala, campak itu ini dalam kuali. Horraaaah! Alhamdulillah.

Jah seorang ni setadi dekat Johor. Eh yutie, rajin-rajin jenguk kita yang tercampak secara specialnya kat keyeell ni taw :*

Jazaki ukhti sekalian :*

11 April 2014

Cerita JO

What is JO?
*senyum*

tajuk besar lagi gempita tu sebenarnya terpalinglah berat aku nak tulis. sebab, bersamaan jugak dengan End of SEM 1. 

Assalamualaikum, saya cotcetcotcet ingin melaporkan saya dah tamat sem satu of Dip Syariah. diploma je pungg. eh hello, jangan pandang rendah dekat budak diploma hokeey~ 31hb Mac paper last habis. Packpack barang nak pergi trip Melaka dengan coursemate. 10 Lakilaki plus 7Pempuan. This is the best ever trip laah, sebab dapat kenal budak budak semua ni. Yup, takde lecturer takde ustaz/ah. Tapi sendiri beriman sendiri kena beringat. Alhamdulillah, akhi dan ukhti masing masing superduper osemesta!

First Day
First sekali jejak melaka, kitorang main bowling. beeeb, boling pakai kain beb. dapat jugak seteraik! Kunfayakun hahaha. jadi gegirl-gegirl semua malaslah nak pakai seluar and t-shirt, jadi kitorang pun pakailah kain or jubah. Abe-abe pun on je dengan kitorang.



                                             \
                                                 
This is the very very very classic.

And the next, kitorang pergi Dataran Pahlawan . Ekceli, sejarahnya nak pergi naik Taming Sari, tapi, gegatal pulokkk dia nak tutup. haish. Jadi pergi sana, tengok barang. Usha-usha harga. Tapi entahlah, semua tengok je barang tapi tak beli. Sayang duit kot. oh so well, duit ptptn.  guna kena bayar balik. haha.

sedikit gambar dari kami. ceh~

Takmo la panjang lebar sangat cerita, so kita masuk Second Day.

Pagi tu, lepas subuh terus terjun laut. Teruja, Alhamdulillah Khair. Langit nan membiru, laut yang tenang. Deruan ombak yang berhias di pendengaran Pasir yang menemani jejak kami. 

Paling sweetymeety punya gambar. KakJid and KakNisa main buai.

Agak lepas zohor, kami bergerak pergi Bird Park . Fee rm15. Kitorang sampai lewat, sebaaab, masalah teknikal. ahaha ;) Bird Park tutup jam 6petang. Kitorang sampai area dah nak jam 5 ke 5:30 gitu. Jadi, kitorang jadi customer last sekaligus customer khas yang berlari-lari dengan riangnya dalam tu. 

Nampak burung. And aku opekos la, "Hai awak!" "Assalamualaikum awak!" ala-ala dengan harapan burung tu kononnye faham lah cakap aku ni. Burung tu diam, aku nyirap. So, aku try buat bunyi yang memang impossible lah nak difollow oleh burung. "Mioww!"  wohoooo. and suddenly, "Miowww!"  Walaweh hoohoooo. tak berkerdip mata aku. then again, " Assalamualaikum!" "Hai!" SubhanAllah. tak boleh tidur malam aku bila burung tu boleh tiru kita cakap. 
Malam, kitorang buat bbq and Lakilaki buat prank Birthday Party Pali. hehehe, daebak lah korang. Aku yang tengok ni pun tengok sengih jelah. And malam tu jugak kitorang main Laga Lutut and Belai Gajah.  tak tahu? Tengok runningman ;)

Esoknya, Last Day

Pack pack barang. Dan kali ni pack barang nak balikT-T. Ya Allah, paling sedih bila dah balik lepas ni cuti dua bulan. ergh. paling dan palinggg. bila tinggalkan chalet, memang say goodbye sangat dekat Melaka. And next kitorang gerak ke Taman Rekreaksi Ayak Keroh (Ayer Keroh) so, kitorang main flying fox, wall climbing and apentah satu lagi, ok. tengok orang naik wall climbing tu, sekerat jalan je.. "Ek eleeh, gayat leteewwww" 

But NO! bukan gayat sebenarnya. *psst. tapi ada jugak sebab gayat.
aku naik dan naik. terus naik dan naik. Tiba-tiba tangan dah rasa tak boleh gerak. Nafas aku dah tak stabil dah. Rasa ayak liuq pun dah takde. "Boleh lagi tuhh! Tangan tu! Amik belah kanan atas sana!" Aku dengar kawan terus beri semangat. Dan aku cuba buat. Aku capai! Tapi... tangan aku kembali terlepas. Peh. aku dah rasa lemah daaah, tipu la kata tak nak naik atas lagi, best kot tengok kawan dapat gayut sampai atas. feeh. and last, aku pun lepas kan dua dua tangan. Jejak tanah terus duduk tangan dah @#$%^& 

next main benda alah apentah, turun dekat wall yang licin. ok aku turun pakcik tu cakap aku dok shuffle. haha. last flying fox de best ever game :') wahh, lepas stress wo kat situ. then, malam makan besar Ikan Siakap tige raseee. Balik tempat setadi, malam. 

To Akh Falah and Rahimi, terima kasih jadi cameraman. Lawa gambar :')





Akhiran, syukran kathir ya akh ya ukhti, this smile, this tears we share. 

Aku sayang korang weh. Syariah'S JO

and, that is mean of JO.

30 March 2014

Hosmet marverlesh.

Tanggal 29Mac2014. Ingat plan nak masak spaghetti dengan hosmet. Memandangkan, cuti sem nak dekat dah. Duit rumah banyak balance. Dengan hati yang sayu  membawa perasaan yang mendung, kitorang pun plan nak buat jamuan farewell lah kononnya. Ye laaah, pihak u ni menggatal sangat suruh budak sem satu cari bilik lain. masuk dengan senierr. so pecah pecah T.T Jadi, memang konpem konpem lah tak serumah macam ni lagi :'(

Call auntie kak Zu, booking kek cheese yang melimpah ruah. yang nafsu nak makan membuak gilegile. Call kereta sewa nak keluar pulok takde jah! Jadi kitorang kelam kabut, sini manaaa lah ada mall terdekat. paling malas naik ulat geluntor (ktm) turun mid. itu pun barang mahal baqhangg!

Dengan baktii seluasnya, mintaklah orang luar sendiri belikan kentaki feraid ciken (kfc)*takdalah luar mana haha. Jadi malam tu, susun susun rumah. bentang carpet. Tapi... sad to say, cheqsu takdak. Balik Kelantan. paper dia 4hb. Kitorang paper ramai yang habis 31hb, so ramai nak balik. nak taknak buat jugak malam tuu.

Oh ye, dalam satu rumah ada sembilan orang. ada tige bilik. satu bilik ada tige katil. calculate sembilan. 

KakZu l KakNisa l KakJid l 
KakFai l KakAnis l Cheqsu 
KakFana l KakAmal l Jihan l


takde kat gambar, orang kelate, Cheqsu

Fact ; 
My hosmet semua umur besar-besar. Umur 20+. Nak kawen dah pun. tipu. Degree and dip semua campur. Yang De Osemnya, bilaaa diorang semua terima ke'matangan' aku. Kematangan kanak-kanak ribena. perangai yang suka jerit-jerit. yang suka tahapehapentah. Umur yang still nak merangkak.

First dapat diorang, K. double confirm kena buli. double confirm kena jotos kepala. Dahlaah aku punya barang situ pink, sana pink. kartun sana, kartun sini. Nampak macam barang budak sikit, "Jihan punya". Lagi-lagi rumet. tige orang yangggg~ Haaaa.

B U T ;
Aku bangun tidur...
"Jihan dah mandi?"
"Jihan lapar?"
"Jihan dah solat."
"Jom tidur."
Like a dream. Diorang semua baik. Layan aku macam adik. aaaaa. Ingatkan bila habis zaman sekolah ok, zaman kedewasan mula menghantui kau, tapi tidak. eheheheXD 

*Er ini bukan manja. Tapi ini dapat layanan macam seorang adik daripada kakak. 


ala-ala anual dinner la konon nak sesolek.

this, rumet. sabahian, johorian, selangorian.
kakFana, Jihan and kak Amal

Lastly ; To Kakaks Kakaks

Segulung thankyou budak kecik ni ucapkan sebab selama lima bulan duduk sesama, dapatlah budak kecik ni rasa kasih sayang seorang kakak. *errr* dapatlah rasa macam ada kakak kandung, sebab rasa semua menatang dengan minyak yang penuh. *errrr* and tahu kan , jihan mana ada kakak and adik perempuan, bila kat sekolah, rapat dengan jenier jenier. hahaha:')

To kak Zu, thanks sebab jadi leader yang baik. Alfatihah dekat nenek akak yang meninggal hari tu. Semoga akak terus thiqah dan kuat!

To Kak Nisa, thanks sebab dapat jadi classmates english and arab. thanks juga sebab jadi mak dekat dalam rumah ni yang palinggg rajin beli barang dapur. rajin masak. moga akak dapat suami soleh dan osem :P

To Kak Jidah, sorry sangat dekat akak sebab kita paling banyak menghasut ajak layan runningman. ajak layan drama korea. And thanks jugak sebab jadi classmates english and arab. Dan terima kasih jugak hari tu sekaki 'lambat' pergi kelas arab! hahah!

To Kak Fai, akak, janganlah segan-segan. kihkihkih :P Sorry sebab kalau akak cakap dengan kita kita macam buat dono sebab telor akak pekaat. Jijiee sukar untuk fahaam! Nanti kita belajar cakap Kelantan eh! Muga akak sukseessss!

To Kak Anis, ehemmmm~ moga akak punya bisnes topup akak berjaya! Dan thanks bagi discount dekat hosmet inii :D ops, dan terima kasih jugak selalu layan fight-fight yang tak munasabah kita. ehehe!

To Cheqsu, akak, erm erm dalam diam banyak jugak akak cakap kan? semoga DIA jaga iman dan hati akak :')

To Kak Fana, Hai akak sabah! Akak yang paling sempoi, akak yang paling sukaaaaa jalan. akak yang comell! arghh! Akak yang jadi cashier, bendahari, PA dalam rumah ni, terima kasih akak <3 nbsp="">

and, my bestfriend. my sista. my bisties, my enemies Kak Amal

tak tahu nak cakap macam manalah kak amal. sebab...akak terlalu baik. dan terlalu jahat. akak yang sama-sama tidur lambat. bangun lambat. makan sama-sama. mandi bilik air sebelah-sebelah. pergi tandas pun nak kena ajak. pantang kalau nampak akak takde kat bilik sesaat terus kita jerit KAK AMAAAAL! and tiba-tiba dengar suara dalam tandas, "hai, dalam tandas pun nak cari akak ke?" dan bila kak amal keluar je dari bilik secara tiba-tiba, kita cepat-cepat kejar tengok akak pergi mana. and akak cakap, "Takutlah tu na takde dalam bilik :P" kawan yang main tampar-tampar. kawan yang tarik-tarik rambut. terima kasih akak. terima kasih.

terima kasih. syukran. kamsahamnida. 



27 March 2014

Final Exam

17 MAC l 26 MAC l 31 MAC

Tarikh apakah?

Bismillah, Assalamualaikum! 

Firstly, *biyane* sebab lama tak hupdated. Masa banyak, tapi tapi tapi tapi~ 
As student course Dip Syariah kat sini, banyak sangat masa lapang. Even kalau minggu final pun, mak oiii, masa sangat lapang.

Dan tuptup, dapat memo, final dah nak dekat daaaaah~ lalalala. so 4 subjek berbalas 3. err. 

MPU- Pegajian Am.
DLEP- English
DLAP- Arabic
DIQF- Hafazan.

tapi, hafazan takde lah masuk final. Just, tahriri syafawi dalam kelas. masuk markah final. Gap antara paper, seminggu. Banyak memang banyak, fuhh. Seminggu study week jadi,, err movie week kot. Asyik duduk melayan movie atau drama. Khamis balik rumah, tengok ayah. femili and also amie. kihkihkih :') Ayah nak balik dah arab, so balik rumah. Amie pun sama nak balik egypt dah. Jadi pengalaman balik naik flight memang best. Naik KTM dari Putrajaya Central > LCCT. Paling best bila makida join sekali. Naik bas ke LCCT. wuuu tak teroka lagi kot KL ni. tsktsktsk. Ok jadi, kami berdua pun terbang ke JB!

Yeayyy! Dalam kereta tengok ayah, ibu dan bebiboyyyy! Weee my deary adik.Ayah cadang nak jenjalan kat desaru. apa entah nama tempat tu. tapi pantai tak boleh mandi sebab banyak bantu, and lagipun tempat dia tak bersih.
jadi, kitorang sefemili duduk jelah dekat dalam bilik. Makan nasi beryani ayah buat. peh, nikmat~ Ingat dekat asrama boleh makan gini ke?
Air tangan ibu ayah tu, paling osem. Kan? Sabtu, dengar berita pasal  #MH370 *review my latest post 
The next day, hari nak balik tu hari Isnin, keluar dengan Amie kejap, berfoya-foya macam amik gambar, jalan, main bowling, karaoke .

Ok, first time karaoke mak ida belanja, peh. hilang semua stress, aaaaa~ Main boling opekos laa amie kan? kan? kan?

Balik asrama, hari Rabu, makida hantar. Balik-balik je, hosmet semua lain dengan aku. err, diorang kata budak kecik. heee :D

ok. InsyaAllah, ahad ni buat Jamuan rumah. Jamuan last, sem depan entah dapat sama rumah ke tidak :'( tskk. Jadi, awaiting for my post!

#PrayForMH370
#PrayFor529


23 March 2014

kerana #MH370

*klik!*
username;password;

Bismillah. Assalamualaikum.

Siapa tak kenal MAS? Dan siapa tak dengar pasal #MH370. Our beloved plane? Huh. May Allah bless them; the passenger, the crew, and also the pilot.

Aku. Duduk di depan televisyen. Menanti dan terus menanti khabar berita. Dan jangan berani sesiapa tukar channel! Satu keluarga duk soksaksoksek. Hilang dari radar?! MasyaAllah. Aku terpegun. Dan aku juga terpana.

Mata aku berkaca. Ye, siapa sangka? MAS, orang kata kapal terbang paling hebat. pilot yang cukup terpilih, hilang dari radar? menghilang?! Kekuatan ayat DIA dah jelas, kunfayakun. Jadi, maka jadilah!

.................................(usrah)...........................................................
MH370. MH370. MH370. MH370. Mata semua segar.

"Tapi, kenapa bila something yang buruk tu...terus kita kait dengan Kunfayakun. Allah tak cakap pun, kunfakayun adalah sesuatu perkara yang buruk? Kenapa kita tak kaitkan, bila kita berjaya, bila something miracle like tengah lapar suddenly orang bagi makanan or duit, kenapa tak cakap itu... kunfayakun?"

Oh. Lagi satu, Malaysia time tu musim jerebu. panas. tak hujan. kemarau lah kononnya. tambahan pesawat milik kita hilang, tak ke kita tak nak memandang itu semua kepada warning Allah kepada kita?

"Apa dosa kita...sampai langit tak nak lagi menangis?" -anonymous. 

Ujian Allah untuk menguji iman kita, tambah pulak tokmoh yang, err something weird dekat KLIA. Hanya, MH370, jelas dah...Allah nak uji kita. Jelas dah. Tambahan lagi, mulutmulut manusia yang pelbagai ragam, cakap MH370 dah terhempas lah. MH370 lalu dekat Bermuda Triangle lah, and bla bla bla. Tak cukup untuk kecewakan ahli keluarga penumpang ke?

Allah dah cakap, fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh. Yup, even taklah membunuh dengan cara darah, membunuh hati lebih menyeksakan.


Hah, dah lebih dua minggu. Lebih dua minggu dah~
Suddenly teringat cerita pemuda AshabulKahf. Yang terperangkap di gua lebih dari beratus tahun. Bukan terperangkap. Tapi...melarikan diri dari pemimpin yang kejam. Melarikan diri demi menyelamatkan iman sendiri. Mereka hidup! Miracle. Miracle.

Kuasa Allah is miracle. 



dan, taknak lah amik gambar dari inche google. 


this. solidarity from me, and my friends. agak buruk, tapi biarlah ia bermakna.



m o g a   s e m u a   s e l a m a t 

a a a m i i n

15 January 2014

Mid-Sem REHAT!

Oh yeah! oh yeah! hangguk-hangguk kefale. Oh yeah!

*Istighfar*

Bismillah. Assalamualaikum JOHOOOOO~ holllaaaaa, ini aku hepi kerana baru balik dari Selangor! Oh yeah! benda paling hepi, bila beli tiket bas. Benda paling seksa, nak kena tunggu due date sebab beli tiket bas 1bulan awal semagi punya pasal. 

11hb14.

Aku menapak keluar dari bilik, melihat tiga katil yang tilamnya sudah dilipat. Semalam, kedua-dua roomate dah balik. Sorang ke Kajang sorang ke Kedah. dan aku? Memalam angkut semua sahabat-sahabat layan RM. hehe.

Aku menanti kakak di cafe, kedatangan dia disambut riang. hah. Aku melihat jam. Bas dari TBS jam 12 tengah hari. Tapi sekarang? Jam 10 pagi. Awal dua jam. semagi punya fasal. Bas KUIS sudah parkir dihadapan cafe bersedia untuk membawa pelajar ke KTM.

Setiba di TBS, kami terus ke pintu gate. arghhhh. yang hanya terkeluar, B A L I K. J O H O R. R U M A H. Q A S E H. T V.

4jam setengah di dalam bas membuatkan tubuh aku dan kakak lenguh. sambil-sambil tu, memang tak sah lah kannnn kalau jemah dua orang gambar sana sini.


ni ha kat sini nak cerita; kakak aku ni kaaaan... kitorang baru jumpa. Dan dia ekceli senior aku time zaman sekolah. Aku darjah6, dia form5.

BUT. The power of ukhwah. That can't buy it. Or get it as free. Or buy one free one. NOPE! That is a speciallity of two person or more than that. (English, im sorry)

Dalam bas, kami berborak, dan benda yang hangat diperkatakan *ceh ayat* "Balik ni nak buat seprise kat sahabat. Nak terus suruh ibu drive pergi rumah dia" 

Rindu gil**s kot!! ARGH!

Penantian dekat Larkin membuatkan aku rasa betul-betul nak nangis. blergh! Tolonglah. Aku nak balik! Nak balik! Nak balik!

bip.bip.

"Salam akak, kalau akak solat, akak pergi masjid Solat dulu. Nanti ibu datang."

Aku terus mengangkat beg. 3 buah beg! naik eskalator pieee ke masjid An-Nur kat atas. Lepak kat situ, nak solat...tapi barang yang ada superb banyak dan agak bahaya nak tinggal sendiri. 

trettt.treetttt.

"Salam bu, ibu kat mana ni?"
"Akak, akak tunggu ibu dulu ye.."

Dalam 5 minit, tiba-tiba bahuku dipukul orang. Aku menoleh ke belakang. Dan.... YAA! Aku memang tak suka seprise seprise gini taw! Aku kembali menoleh kedepan. Dalam hatiku hanya tuhan saja yang tahu betapa lahai nak lonjak happy. betapa nak jerit. betapa rasa nak balas balik pukulan tadi. YEE. memang aku rasa nak hempuk dia kekuat. Rasa nak peluk dia sekuat hati! Arghhh!

Aku kembali menoleh ke belakang dan mengukirkan senyuman.

Terima kasih, sebab...sudilah nak kutip kita dekat stesen Larkin ni. Terima kasih. Dan terima kasih juga sebab follow ibu nak ambil kita.

Seakan rindu selama ini terbalas. Seronoknya aku hempuk dia. ahahaha! Errrr! Dia ni kannn.

Dear Amie. Dear Amie. 

Kita cuti midsem. cuti tak lama. dan awak pulak sekarang balik forever. awak pulak holiday. dan kedudukan kita kini terbalik T-T kalau dulu, memasing cuti boleh lepak dekat JT 1 hari. *haha* tapi sekarang tak boleh. Dah kena fikir, esok kerja pagi. bla bla bla.

Kita sedih sebab, semingggu~ Apapun, tetap ALHAMDULILLAH sangat tak sangka, kita dah kawan lama kan? *kenyit mata.