06 January 2015

Oh Banjir!

Penutup December yang bagi orang, punah segalanya.

Assalamualaikum w.b.t
Salam hari Ke 6, tahun 2015 :)

Ni buang belakang jauh sikit, ke bulan December yang lalu. Bila, banjir menimpa Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor. Habis tenggelam, seakan Malaysia macam diterbalikkan negaranya. Seakannya, laut "ziarah" ke Malaysia. Hujan tak berhenti. Habis semua terputus hubungan dengan mangsa-mangsa banjir. Habis pergi nyawa yang dikasihi. Habis diputuskan bekalan elektrik. Masa itu, ramai mulut-mulut yang tak diberi kesedaran  ni mulalah mengata, "ha tulah, dulu rajin sangat mengutuk negeri itu ini. itu ini. kan dah kena bala" Allahu Akbar.



Geleng kepala seribu kali geleng.

Masa ni, media media penuh dengan mangsa banjir, kadar banjir, bla dan bla dan bla.

Perawalan bencana ni, mata-mata rakyat tak terbuka untuk melihat hikmah sebenar.

3 Januari, aku dan beberapa insan lain, pergi TUDM kat Subang. Misi packing barang untuk mangsa banjir. Boleh menitis berbaldi-baldi air mata aku . Tiba je dekat situ, aku tengok ramai sangat jemaah manusia turun padang. Tak megira bangsa dan negeri. Ada dari Johor, ada dari luar negara,




Bertan-tan lori datang hantar barang tanpa berhenti. Dan orang yang membantu juga tidak berhenti mendaftar nama. Terik matahari, tak payah cakaplah~ Nampak gambar sendiri boleh faham terik dia. Sedangkan aku yang duduk di bawah khemah pun naik sakit kepala.



"Tugas awak semua (sukarelawan) ambil kotak-kotak bawah khemah tu, dan keluarkan semua yang ada dalam tu. Lipat baju ikut kategori. Telekung satu tempat, Baju kurung satu tempat, T-Shirt lelaki satu tempat, pakaian dalam satu tempat, baju sekolah satu tempat, sweater satu tempat, Tudung satu tempat, pakaian baby satu tempat......" dll. nak cakap, serius banyak sangat kategori baju. 



Gambar atas tu, kotak-kotak kosong yang dah kitorang keluarkan barang-barang. Awal datang situ, khemah yang dekat tempat budak baju merah tu, bertimbun dan menggunung kotak-kotak tadi. 

Lepas satu kotak, kotak lain yang dibuka. Dilipat baju. Pelbagai kot, Banyak baju yang lama-lama. Dan ada juga baju-baju yang 'bau kedai' lagi. Paling best, sebungkus towel baru. Dan paling best lagi, seikat tudung dan dua papan pin tudung. Aku rasa nak menangis. Sebab-- hikmahnya dah jelas dah.

"Sebelum Allah bagi nikmat, Allah bagi dulu ujian"

Dan, itu sebenanrnya nikmat. Nikmat dapat melihat hati-hati rakyat yang prihatin. 
Melihat hati-hati rakyat yang turun padang membantu mereka.
Melihat mereka yang menadah tangan memohon bantuan dari DIA yang ESA.
Melihat pemimpin-pemimpin turun melihat rakyat mereka.

Hati bersatu.
Hanya dengan bencana ini.
Hanya dengan ini, tersedarlah diri dengan kekerdilan hamba.






01 January 2015

DRESS MUSLIMAH

Bismillah,

HAPPY NEW YEAR

may the first book of 365 tertulis dengan indahnya :)

Ok PERCAYA takk?!

Dress cantik macam kat bawah ni harga BELOW dari RM 100?!

Seriusly, cantik dan soft.

Any enquiry, boleh contact : Nazirah (011-32174716) / (019-6179978)

Instagram : @rosesspearl






















2 Abad

Ever last my love 2014

Goodbye my heart 19teen

Welcoming not single

Hahaha.

Duka semalam baling belakang jauh jauh. Bila terhempasnya QZ, bila hancurnya MH17, bila hilangnya MH370, bila langit sudah lama tidak menangis dan kini bila langit tidak pernah berhenti menangis. Masya'Allah.

Dah dua abad aku hidup. Entah apa corak dua abad ni pun aku sendiri tak tahu. Sama ada lebih hitam atau putih itu pun aku tak tahu. 

Kelas Aqidah hari tu, ustazah minta tolong lukis gambar kereta. Component paling penting, side mirror and cermin belakang. 



Baru aku tersedar *k, hebat mana dan cantik mana kereta tu, memang akan ada component penting tu. Tujuan?

" Side mirror tu, nak kita toleh kiri kanan, sebelum masuk simpang, nak reverse, nak berhenti, kita nak jaga diri kita and kereta kita"

"Dah nampak main point sebenar?" Hehehehe, confirm jiwa anda tersentak. InsyaAllah lah~

"Siapa pun kita, benda yang lepas itu sebenarnya membantu guide perjalanan kita di masa depan. Tiada istilah 'jangan toleh belakang lagi' 'never look back' "

Sebab tu, Allah hadiahkan kita mukjizat Alquran. *nangesss* 

"Inilah ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi hikmah" [31:2]

"Sad, demi Al-Quran yang mengandungi peringatan [38:1]

"Hikmah..."

"Peringatan..."

sendiri fikir, sendiri rasa nak menangis. Bila fikir balik, berabad duduk lama kat dunia, tapi sikitpun buku amal tak tebal, takde guna. Mati tiada guna, hidup juga tiada guna.

Selagi ada hidup, selagi itu ada harapan :)

Welcome 2015
Happy 20