20 June 2015

Travelog : Sabah (Day 2)

Day 2

after subuh, sambung tidur. Konon acah masa tu nak merajuk dengan amie. sebab dalam hati nak backpackers. nak berdua je. tak nak ada campur tangan orang lain termasuk  akhawat ke apebenda ke.

"Jihan! Mira bangun! Keluar jom!"





Ok, lepas dah siap, pakai tshirt labuh. dan tudung sarung mak indon tu. sebab kak raudhah kata pakai biasa je. sebab nanti mandi laut!

so, masa tu dah datang balik kebahagiaan aku. haha. keluar RI firdausi, kitorang singgah jup dekat RI Adni. RI yang paling besar. ramai senior. dan orang-orang yang aku allergic ni. (orang-orang dnt)

so first destination:


MANUKAN SABAH! bahagia tak bahagia. Gila masyaAllah. lawa sangat laut sabah. naik bot dengan akhawat. ada yang baca quran. dan aku cuma melontarkan pandangan ke luar. bermain ombak dan air yang memercik.
Tiba, kitorang snorkeling. pakai stokin bhaii. ok. laut syadid lawa. Nangis jup. tengok ikan dengan akhawat. dengan amie berenang membelah laut. ceh. tengok ikan dengan amie. ehcehh. 
*lupa somi yang tertinggal dekat empire*

Masa tu sangat bahagia sampai tiba masa curahat. (curahan hati)

A "Jie, tak suka eh duduk dengan akhawat kat RI?"

sudaaaah. dekat rumah orang tanya pasal dnt. la ni manukan pulak----

J: "Bukan tak suka. Just okwerd kot."

A: "Okwerd kenapa?"

J: "Yelah, semua tanya usrah sampai mana. Daurah dah sampai mana. Dah pegang adik usrah belum. You know me right? 
Orang yang allergic la benda benda ni."

A: "Allergic kenapa?"

J: "Kita rasa cukup lah diri kita macam ni. Jaga aurat, jaga ikhtilat, jaga makanan halal haram. Buat apa nak daurah or usrah?"

A: "Kenapa tak nak daurah or usrah?"

J : "Ye lah. Kalau daurah n usrah, kita akan dapat benda baru. Contoh aurat kita. So, after kita tahu tu, kita kena sampaikan kat orang lain. Kalau tak sampaikan, dapatlah dosa. So better kita tak tahu dan better kita tak payah menyampaikan. At least tak tambah dosa. Kan?"

A: "So, awak rasa better la eh baik dah macam ni? Jaga aurat semua tuu. Dah rasa boleh dah la masuk syurga. selamat dah la?"

J: "InsyaAllah. selamat lah."

A: "So sure? dengan pencapaian diri awak tak meningkat macam tu?"

J: "Sorry wak. Maybe ada lain awak and kita. Awak yes, hidup dengan akhawat. Duduk mesir dengan diorang. Kita ni, ini baru first tengok RI. baru first nak jalan dengan akhawat. so, dia agak rasa okwerd and tak selesa."

A: "Tapi awak yakin, awak akan rasa ok je dengan 'baik' awak tu?"

J: "Yes. InsyaAllah... stay baik macam ni rasa cukup dah."

A: "Ok, ikut awaklah kalau nak rasa terus baik macam tu, takde apa peningkatan.

J: "Macam mana awak boleh hidup dengan ramai akhawat? Tak rasa... iyuww?"

A: "Entahlah. Kita rasa akhawat ni boleh bimbing kita. Selalu tegur tu dan ini. Sebab masa sampai Mesir, akhawat lah orang first yang ajak pergi RI. And since that, kita rasa nak dengan akhawat."

J: "Entahlah, maybe sebab kita dari sekolah memang dah ada orang ready nak bagi usrah. :Mentoring bagai semua. And masuk sekolah menengah, macam adat dah bila memang masuk dalam usrah and jadi fc itu ini. talk itu ini. dan memang dah jadi kewajipan kot, budak musleh memang akan join usrah bila masuk U. So, kita masuk je U, memang ada akak ajak usrah. so, masuk jelah."

Aku dan dia diam kejap. Tapi seketika akhirnya menangis, sebab ttbe rasa diri ni loosers bila tahu asyik kena suapppp je dari dulu. dan tak tahu nak rasa bersyukur. menangis sebab orang kata "mesti hebatt sebab dah lama dapat usrah." menangis sebab, rasa diri ni tak mampu nak rasa bersyukur sebab Allah memang dah bagi peluang ursah dan tarbiyah sejak muda. dan akhirnya menangis..

sebab..
tak mampu nak faham definisi dnt dan manisnya usrah yang dah dapat since darjah 4.
akhirnya kami lama mendiamkan diri. dan masing-masing kembali ke pantai dan ambil gambar sana dan sini.
so. petang tu dalam kepenatan balik dari manukan dan berkemas (pindah ke RI Adni) sebab ada daurah.
waktu ni main mata dengan amie.

Amie, kan kita cakap tadi.. kita tak suka benda benda ni. Asal nak join pulak?
But. Allah dah susun kan?
Daurah Syahadatul Haq. Akhirnya daurah yang bagi impak besar untuk hati aku. Daurah yang buat rasa lagi loosers sebab asal tak sedar betapa hebat dan bahagianya orang yang join usrah ni?
DAURAH SYAHADATUL HAQ
Lepas daurah tu, yes, aku rasa ada lah impak sikit. sama macam daurah sebelum ni yang aku rasa boleh balik dan tidur dengan tenang.
but, at the late night, ada muhasabah. yang aku biasa dah handle budak kbm ke, mukhayam ke. so kali ni, 'fc ni' pulak yang nak di muhasabah.
arahan: tutup mata dan zikir
next, kitorang di pecahkan by individu. dihantar ke lain-lain tempat. *but still dalm rumah adni.
next: siapa yang nak cari cahaya berdiri. yang duduk teruskan duduk. dan yang berdiri tadi pergi cari cahaya.
so, aku pun dengan menonongnya carilah 'cahaya'. 'bukk!' langgar dinding. 'bukk!' langgar kipas. masa tu nangis dah. bayangkan, kalaulah betul pintu cahaya ni tutup one day. langsung dah tak terbukak untuk kita.
'bukk!'
'bukk!'

Allah haii, masa tu dah bayang dosa dah. Dosa tak ganti puasa lagi. Dosa tipu kawan. Dosa tak tolong ibu ayah. Dosa tengok dance infinite sampai angau. masa tu bayang dah.
then suddenly, nampak lilin-lilin disusun depan badan. *mata terbuka sbb gelap sangat. so automatik terus terbukak luas mata even tutup mata pakai tudung.

lagilah meraung. macam manaaa lah nak lalu ni? takut apiii!

Tiba-tiba, ada orang pegang tangan aku. Lama sikit kitorang dok meraba sana meraba sini. akak fasi jerit "Kawan yang duduk, jangan kacau kawan yang nak cari cahaya!"
Apa lagi, terus sentap tangan kawan tu and sambung cari 'cahaya'

Tiba-tiba ada lagi orang pegang tangan. Kali ni lama sikit. Dok meraba-raba. and akak fasi jerit lagi. So aku kembali ulang benda sama, sentap kawan tadi dan kembali cari 'cahaya'.

Last, akak fc suruh duduk and bukak mata. the end of muhasabah that night. so, apa ibrah sebenarnya?

ibrah.

orang first:
"Sedih sebenarnya, bila kita yang duduk yang memerhatikan sahabat tercari-cari akan cahaya. Ada yang menangis terlanggar api. Adapun, kita ni ramai yang tak rapat. Sedangkan, ada juga kawan yang baru rapat hari ni. Tapi bila nampak dia sendiri menangis langgar api, tu dah cukup perit dah. Apatah lagi, rakan yang memang dah rapat dengan kita atau orang yang rapat dengan kita, nak-nak family sendiri.

Itu rasanya, bila kita tak terapkan syahadatul haq pada orang-orang sekeliling. Kita hanya mampu membisu, berdiam diri, tak mampu nak tarik tangan dia tatkala dia hampir langggar api. Sama juga, macam kita nampak kawan buat dosa tapi kita hanya berdiam. Umpamanya, kita 'membuta' melihat dia perlahan-lahan menapak ke arah api neraka."

Masa tu, aku mula sentap. Takungan air mata masa tu rasa dah panas. Jantung aku berdegup kencang kuat waktu tu. Getaran ego aku selama ni dah nak pecah.

orang second:
"Kadang-kadang, kita kena tengok. Bukan orang 'luar' je yang selalu nak cari cahaya tapi sombong dek kerana ego sehingga menolak tangan yang membantu. Kadang-kadang orang yang ditarbiyah ni, yang perlu diberi perhatian juga. Pernah tak rasa, kita rasa bosan dengan tarbiyah? Sebab ego yang ada dalam diri lah yang menghasut kita untuk lari dari medan ni. Sedangkan medan ni yang sebenarnya kita kena tempuh. Seakan diri ni dah cukup baik nak lalui sorang-sorang. Rasa tidak perlu dah 'tentera-tentera' Allah untuk terus membimbing dalam harung ujian dalam kehidupan.

Orang yang sudah ditarbiyah, sepatutnya bersyukur. Bersyukur bila ada tangan yang berjaya menarik kita untuk duduk bersama. Melihat masyarakat dan bersama tarik masyarakat 'bersih'kan diri. Jalankan SH, barulah bersama dapat masuk syurga."

Masa tu, aku rasa takungan air mata dah mendidih. Jantung aku makin kuat berdetak. Macam nak terkeluar dan menjerit. 'Senyap! Senyap!' Suara ego aku kuat berbisik. Ego aku masih menghalang aku untuk menumpahkan air mata. Tapi jiwa aku masa tu dah terkoyak dah. Seakan, semua yang dibincangkan waktu tu, sepenuhnya dituding dekat aku.
Oh god. Pedih plus sentap plus rabak. Jiwa meronta untuk melepaskan ego pergi!

orang third:
"Saya orang yang bukak mata tadi. Yang menjadi saksi kepada sahabat-sahabat yang mencari 'cahaya'. Dan saya tersedar sesuatu. Ada je, orang yang 'buta' dan diajak bersama bila kitorang yang duduk ni tarik tangan dia. Tapi dia lepaskan tangan kitorang, dan jalan lagi dalam kegelapan.

Orang yang berjalan dalam kegelapan, dan diajak duduk bersama. Tapi memilih untuk berjalan lagi dalam kegelapan. Sebab apa? Sebab ego yang menguasai dalam diri. Yang membuatkan diri terus membuta macam orang takde hala tuju berjalan dalam kegelapan. Kadang-kadang, ego yang menguasai diri. Apa salahnya sekali kita rendahkan ego yang berhantu dalam diri. Takkan kita nak selamanya berjalan sendiri dan harungi masalah yang sama langsung tiada peningkatan?"

Oh god. masa ni, agaknya ego dalam diri tiba-tiba kena bunuh dengan kata-kata tu. Terus takungan air mata yang mengelegak tadi akhirnya pecah. Cepat aku seka. Gila lah aku nangis (?) Tapi,
tangis aku lain rasanya.
Aku menangis dan pada masa yang sama jantung aku juga berdetak kuat turut menangis. Membuatkan aku terus teresak.

Gila lah weh. Padanlah tak suka usrah daurah segala bagai. Padanlah rasa looser gila pergi daurah and segala semua tu. Padanlah orang pergi daurah rasa kosong, tapi balik dalam keadaan berbunga-bunga. tak macam aku, pergi dan balik rasa looser.
 Why?

pakcik dan makcik dan segala bapak-bapak tuan besar ego yang bertandang dalam diri rupanya yang blok jiwa aku untuk terima semua tu.

Malam tu, aku tidur dalam aku tak mampu untuk berhenti menangis. Menangis sebab, god--- bertahun aku pergi usrah tapi satu haprak tak dapat hadam!
rasa looser dan rugi dan tiba-tiba rasa tak siuman sebab tak hadam benda tu dari dulu. Ah why?
So, malam tu aku text sahabat. Dan ceritakan segalanya, tiba-tiba Kak Nia datang tegur. Dan sekali lagi, malam tu, aku sekali lagi 'dihulur tangan' untuk duduk bersama cahaya. Aku tenggelam dalam perbualan kak Nia. Aku pandang kipas yang berpusing, dan neuron-neuron jiwa dan iman aku mula tertaut (harapnya!)

"Kak nia, selama ni Jihan memang dah 'disuap' dengan usrah dari sekolah lagi! sampai masuk U pun, akak-akak yang cari sendiri untuk 'menyuap' Sampaikan, sendiri rasa kenapa aku perlu 'disuap?' Pergi usrah dan daurah semua tu, atas rasa ok... memang dah adat, budak macam aku ni kena pergi. So, pergilah, Tapi balik benda sama je rasa... takdelah deep sangat."

"Jihan, tahu tak apa beza tanggungjawab dan jatuh cinta?"

"Tak.."

"Pernah ada assignment? Apa perasaan buat assignment?"

"Lol akak. Ofcourse la kena siapkan. Macam orang gila. Cari bahan itu ini kat library, Bila siap kena kick dengan lecturer. Tapi, seriuslah... assignment kena juga siapkan..."

"Sebab apa kena siapkan assignment dalam keadaan macam tu?"

Aku lama membisu. Terperangkap dalam jawapan sendiri.
Kak Nia sambung lagi...

"Ha.. itulah tangggungjawab. Rasa terpaksa untuk siapkan assignment. Cuba kalau jihan letakkan subjek tu adalah subjek feveret. Of course langsung tak rasa terbeban. kan? Sama juga macam Usrah. Kalau jihan pergi atas rasa tanggungjawab, ofcourse akan rasa sangat terbeban hingga kita tak jumpa sebab kenapa kita join semua tu. Tapi, cuba tukarkan tanggungjawab itu kepada rasa cinta..."

"Tanggungjawab... jatuh cinta... betul tu kak."

Dalam kegelapan, sekali lagi aku menangiss.

Weh, seksa betul malam tu. Boleh pulak SEMUA orang nak tegur siap siat-siat jiwa aku. Rasa macam, curahat dekat manukan dengan amie tu, SEMUA orang dengar.

Tapi, aku terdiam dan tersenyum. Melihat mesej yang dihantar oleh sahabat tadi.

"Jihan, lucky you! Jauh-jauh awak pergi, sabah juga tempat awak jumpa maksud tarbiyah tu!"


Dan sekali lagi aku tersenyum panjang. Alhamdulillah.

Malam tu, aku tidur dalam keadaan nak putar balik masa masa first dapat usrah. Dan nak korek balik intipati yang dapat dalam tu.

2 comments:

  1. MasyaAllah sistaaa *love*
    moga Dia thabatkan hati kita :')

    terima kasih atas entry yang bermakna, teringat balik moments kat sana, walaupun yang kita impikan jaulah yang mampu kita berhappy sakan dan berhibur sepuasnya, tapi Allah memang lagi hebat rancanganNya kan? tak semestinya hari yang rasa jiwa terseksa tu,a bad day kann? hikmah datang kadang2 perit juga rasanya.

    ok nk tumbuk jie sekarangggggg sebab awk tak puas hati ngan kte sepanjang kat sanaaa! haha

    ReplyDelete
  2. <3 masya Allah ukhti. perkongsian yang menyentuh hati dah membuka mata. moga tsabat!

    ReplyDelete