10 July 2016

Abang dan Adik

So this is my life.

"Laah, awak sorang je ke perempuan dalam family?"

"Eh, awak ada abang?"

"Best tak ada abang?"

"Mesti manja kan dengan abang dan adik?"

"Mesti boleh share kan masalah dengan abang dan adik?"

Penuh soalan tu orang tanya bila bertaaruf dengan aku, yang hanya seorang perempuan dalam adik beradik.

dan jawapan aku, panjang. kadang-kadang boleh ajak solat zohor dan asar sekali!

jawapan:

Ada abang dan adik dalam hidup aku is the best thing in my life. Plus aku dapat abang dan adik yang masing-masing masuk air dan tak betul. MANJA? tak. aku kena buli. aku tak rasa nak bermanja dengan diorang. sebab, yelah, dah masing-masing tak betul kan? :)

satu benda yang paling aku ingat.

Along dan luqman adalah photoghrapher. Dan adik yang bongsu, adalah... model (kot) sebab dia pandai nak mengayakan gaya bila depan kamera. Tapi aku,
"Apa akak ni, cuba amik gambar tu smart-smart sikit!" sometimes its hurt. tapi, tak pun sebenarnya. aku akan tergelak sendiri. Sebab, entah.

dan kadang-kadang bila diorang bergambar and setting bagai, aku je lah tukang perhati.
"Akak, sinilahh kalau nak ambil gambar sekali." Abang aku panggil.

Dan bila aku datang.
"Kak, tepi sikit." dan aku kembali duduk tepi cerut batu. Yeay. tapi percaya tak, at the end, diorang akan panggil dan ambil gambar sama-sama dan sama-sama gelakkan aku. ok gais.

Tu tak sebut bila raya. Yes, masing-masing beratur nak salam.
Tapi, kitorang adik beradik takkan punya ada word, "Along, akak minta maaf salah silap. Halalkan makan minum akak. Along bla bla bla."

ayat kitorang,
"Eh, along ingat tak banyak along kat akak? Minta maaf sekarang!"
"Akak, ini abang, Abang sanggup berkorban apa sahaja demi adik-adik abang."
Sambil dia buat muka monyet dia.

Bila main mercun, abang aku akan beli mercun merdeka tu. Dan dia suruh aku rakam.
At last, aku yang kena ketuk sebab rakam dari bawah bumbung. Dan nanti dia bawa video tu ke ibu dan ayah....
"Ibu! Tengok akak ni rakam macam mana!"

Tak. dia tak menyakitkan taw. Aku sangat bahagia dapat perangai diorang yang macam setan ni. Kadang-kadang, bila duduk borak dengan diorang, kerjanya gelak je sebab masing-masing duk bahan aku.

Tengok adik beradik orang lain ambil gambar sweet-sweet. Follow each other dekat insta or fb.

Kitorang? Hmm. Taak silap aku, aku block fb along kot. Tak, kitorang tak follow each other and takde gambar sweet-sweet peluk-peluk tu. Dan aku tak minta.
Cukuplah bagi aku masing-masing duduk dalam kereta dan saling tuduh menuduh kentut siapa yang busuk ni.
Cukuplah bagi aku kalau diorang nak merengek depan aku sebab tak masakkan diorang maggie.

Manja? Abang aku yang manja.
pernah satu malam..

"Akak, abang lapar. Masakkan untuk abang kak. Kalau abang tak makan, abang boleh mati kak..." Sambil dia merengek depan pintu bilik aku pukul 1 pagi.
Apa aku jawab?
"Alaaa! masaklaaaa sendiriii! dah pukul berapa dahh nii! pergi jelah tidurrrr!!!"
Dan angin berlalu.
3 minit berlalu, aku dengar bunyi periuk jatuh la. bunyi hidupkan api la. bunyi cawan jatuh la.
(tak tahu laaa kalau memang terjatuh atau dia sengaja nak show off, 'takpelah kak. abang boleh masak sendiri')

at last, aku turun. "Tepi la! biar akak masak!!" Sambil aku tolak badan dia ke tepi.
"Yeayyyy akakk yeayyy akak masaak!" Sambil dia lompat-lompat dan tinggalkan aku sorang-sorang kat dapur.

Gais, mana aku tak sayang abang aku? k along. mohon jangan baca.

Tu tak lagi bila tengok movie, ttbe mata aku bocor. Masing-masing gelakkan aku sebab, "Eiiii akak! Itupun nak nangis?" Dan, perasaan sedih tadi pun hilang. Sama juga kalau aku nangis serius. Diorang tak gelakkan. Tapi diorang senyum-senyum sesama diorang dan keluar bilik. AKU TAHULAH KORANG GELAK KAT LUAR KAN!

k.

Siblings aku, tak macam orang lain. Perasaan sayang kitorang tak tunjuk dan tak pernah ungkap.

Allah. Mohon, janganlah adik-adik dan abang baca. Nanti, awkwerd pulak masing-masing. Kbye.